CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas, elak pembakaran terbuka

[Copy link]
Post time 5-1-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas, elak pembakaran terbuka




Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 5, 2023 @ 9:39am   bhnews@bh.com.my




Musim panas dijangka akan berterusan sehingga Mac. - Foto hiasan




ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka bagi mengelakkan lebih banyak berlaku kebakaran sewaktu perubahan fasa kedua Monsun Timur Laut ketika ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata ini berikutan keadaan cuaca ketika ini sudah menunjukkan ciri-ciri musim panas dijangka melanda yang boleh menyebabkan cuaca kering.

Beliau berkata, setakat ini empat stesen di tiga daerah di negeri ini mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut sehingga kelmarin.

"Stesen Meteorologi Pulau Langkawi merekodkan 15 hari tanpa hujan, diikuti dua stesen di Sik iaitu Stesen Pertanian Batu Seketul dan Empangan Muda masing-masing 13 hari tanpa hujan.

"Selain itu, Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Alor Setar pula menunjukkan sudah 12 hari tidak hujan," katanya ketika ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Khalil berkata, dijangkakan musim panas ini akan berterusan sehingga Mac dan apabila masuk April, musim peralihan monsun pula akan menyebabkan lebih banyak hujan.

Beliau berkata, apabila hujan kurang, suhu akan meningkat menjadi panas dan boleh menyebabkan berlaku lebih banyak kebakaran atau jerebu.

"Orang ramai dinasihatkan jangan lakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan berlaku banyak kebakaran ketika cuaca panas melanda.

"Minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan terdedah dengan cuaca panas yang boleh mengundang strok haba," katanya.

Muhammad Khalil berkata, biasanya jarang berlaku hujan lebat sekitar Januari hingga Mac setiap tahun dan jika ada hujan sekali pun, ia tidak sekerap ketika November hingga Disember.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah sudah bersiap sedia untuk menghadapi perubahan cuaca panas di negeri ini yang boleh mengundang kehadiran haiwan berbisa seperti ular serta peningkatan strok haba.

Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata peningkatan kehadiran reptilia itu akan menjadikan tempat kediaman penduduk untuk mencari perlindungan dan sumber makanan.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, APM Kedah menjalankan 6,622 kes tangkapan ular yang membabitkan daerah Kuala Muda 1,421 kes, diikuti Kota Setar 1,121 kes.

"Dua daerah ini membabitkan penempatan penduduk yang ramai dan lebih banyak kes ular dilaporkan di situ.

"Sepanjang musim panas nanti kita akan kurangkan anggota bertugas iaitu 30 hingga 40 peratus berbanding ketika operasi banjir lalu.

"Tetapi kita akan meletakkan satu platun anggota di setiap daerah untuk menyantuni orang ramai supaya mengetahui kesan akibat cuaca panas ini," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045672 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list