CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Kedah] 'Tidak lagi menaruh harapan duduki rumah sebelum Aidilfitri'

[Copy link]
Post time 4-1-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

RUMAH baru untuk mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir puing pada 4 Julai tahun lalu di Desa KEDA Kampung Sadek, Baling sedang dibina kontraktor yang dilantik kerajaan negeri. FOTO ihsan pembaca

Alor Setar: Penduduk di jajaran Sungai Kupang di Baling yang kehilangan rumah akibat banjir puing, 4 Julai lalu tidak lagi menaruh harapan tinggi untuk mendiami rumah baharu mereka dalam masa terdekat.

Ini kerana empat rumah sahaja yang dalam pembinaan di Desa Keda Kampung Sadek, manakala baki rumah lain masih dalam proses menambun tanah.

Penduduk, Abdul Rahman Said, 71, berkata, dia sering ke tapak rumah itu untuk melihat kerja pembinaan kerana bimbang terpaksa membayar sewa rumah sendiri selepas tamat enam bulan tempoh ditanggung kerajaan negeri.

"Apabila tengok keadaan rumah yang sedang dibina, saya tak lagi menaruh harapan tinggi untuk tinggal di sini sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Saya reda dengan kejadian banjir puing sebelum ini yang mengorbankan isteri serta anak dan menantu saya, namun sebagai insan yang ditimpa musibah, sedih dan sunyi itu tetap ada apatah lagi rumah yang disewa sekarang agak jauh dari Kampung Iboi.

"Saya sangat berharap rumah ini dapat siap dengan lebih cepat agar saya dapat hidup dengan selesa pada usia begini. Sekarang saya sudah tidak mampu bekerja, banyak mengharapkan ihsan anak," katanya.

Abdul Rahman berkata, dia juga berharap agar kerajaan dapat menyambung bayaran sewa rumahnya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Lateh, 73, turut berharap kerajaan negeri akan terus membantu membayar sewa rumah mereka berikutan tiada pendapatan selain berharap ihsan anak.

"Jika hendak nyatakan kerugian kami kehilangan rumah dan harta benda, ia tidak boleh dinilai, kami tinggal sehelai sepinggang.

"Saya sudah adukan perkara ini kepada penghulu mukim, saya difahamkan mungkin Pejabat Daerah Baling akan bayar sewa rumah kami nanti, cuma rumah saja yang kami tak tahu bila akan siap, sekiranya dapat duduk rumah sendiri perasaan itu pasti berbeza, tambahan pula dapat kembali berjiran dengan rakan-rakan sekampung yang turut kehilangan rumah sebelum ini," katanya.

Pada 4 Ogos 2022, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mangsa Banjir Puing di Desa KEDA Kampung Sadek dan dilapor berkata, rumah itu akan menempatkan 12 keluarga yang dijangka siap Disember lalu.

Rumah berkenaan dibina di atas tanah milik kerajaan negeri dan turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sebelum-aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054935 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list