CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Kedah] Empat beranak miskin minta air dengan jiran

[Copy link]
Post time 4-1-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Hashim dan keluarga hidup serba kekurangan di Kampung Desa Keda, Batu 13, Pokok Sena, Alor Setar.



ALOR SETAR – Sudah jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib empat beranak di Kampung Desa Keda, Batu 13, Pokok Sena dekat sini yang dihimpit kemiskinan.

Paling menyedihkan, adakala mereka hanya menjamah nasi digoreng bersama garam.

Hashim Ahmad, 84, tinggal di situ bersama isteri, Basarah Mohamad, 65, serta anak dan ibu mentuanya kini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Keadaan keluarga itu semakin teruk apabila anaknya, Nor Pahanisha, 30, patah kaki akibat kemalangan jalan raya bulan lalu.

Menurut Nor Pahanisha, sebelum itu, dia dan ibunya memperoleh pendapatan tambahan dengan membuat kerja-kerja kampung termasuk mengupas bawang.

“Saya dan mak ambil upah kopek bawang, dapatlah upah RM10 tetapi sudah berhenti. Jadi, RM500 itu sajalah yang kami belanja setiap bulan.

“Memanglah tak cukup kerana RM100 sudah diketepikan untuk bayar bil dan tinggal baki RM400 saja. Adakala memang makan nasi goreng dengan garam sahaja. Beras, minyak dan gula itu pun nasib baik ada orang sedekah,” katanya di sini semalam.

Bercerita lanjut katanya, kehidupan mereka sekeluarga se­ring kali diuji dengan kesempitan termasuk masalah kesihatan bapa dan nenek, Fatimah Man, 84.

“Tahun lepas bapa menjalani pembedahan batu karang dan ia memerlukan wang. Memang sempit sangat sampai bekalan air pun kena potong sebab bil sudah mencecah RM2,000.

“Nak bayar memang tak mampu, jadi kami angkut air dari rumah jiran,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0213041000085151 atas nama Nor Pahanisha.

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ihimpit-kemiskinan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list