CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Perlis] ‘Glamping’ pertama di Perlis

[Copy link]
Post time 4-1-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG melihat replika bulan yang memantul ke dalam tasik di The Wheel Estate Campsite yang berkonsepkan 'Glamping' pertama di Perlis, di Belukar Lenga, Chuping, Perlis. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

  

PADANG BESAR: Pantulan imej bulan pada permukaan tasik dengan diterangi limpahan lampu menjadikan suasana malam di The Wheel Estate Campsite di Belukar Lenga, Chuping di sini, cukup memukau.

Lokasi perkhemahan berkonsepkan ‘glamping’ yang pertama di Perlis itu menjadi tarikan baharu di negeri ini yang menarik kehadiran kunjungan pengunjung dari seluruh negeri termasuk pelancong dari luar negara.

Konsep ‘glamping’ iaitu gabungan glam (glamour) dan ‘camping’ (berkhemah) membuatkan aktiviti perkhemahan itu bertambah menyeronokkan serta unik.

Lokasi berkenaan yang berlatar belakangkan sawah padi menghijau, bukit serta panorama kampung di samping suasana malam yang sejuk khususnya pada musim angin timur ketika ini membuatkan para pengunjung menikmati ketenangan dan kedamaian.

Mula beroperasi sejak 1 Disember lalu, The Wheel Estate Campsite yang diusahakan pasangan suami isteri, Chew Heng Boon, 60, dan Jasmine Say, 50, itu menerima sambutan yang cukup luar biasa.


FAZILA Sudirman (kiri), dan rakannya, Atirah Muhamad Radzi menikmati ketenangan dan kedamaian di The Wheel Estate Campsite yang berkonsepkan ‘glamping’ pertama di Perlis, di Belukar Lenga, Chuping, Perlis. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Heng Boon berkata, pihaknya menyediakan kemudahan 18 khemah iaitu jenis ‘Dome Tent’, ‘Diamond Wooden Tent’ dan ‘A’ Wooden House dengan harga serendah RM80 sehingga RM320.

Katanya, lokasi perkhemahan terbuka tersebut serta suasana di dalam khemah berkenaan menjanjikan keselesaan kepada pengunjung.

Malah katanya, pelbagai aktiviti turut disediakan seperti memancing, berbeku, berbasikal, memanah dan banyak lagi sekali gus memberi pengalaman berharga buat pengunjung yang datang ke sini.

“Antara yang menarik perhatian adalah replika bulan yang memberi pantulan pada waktu malam dengan seolah-seolah seperti melihat bulan yang sebenar. Kami juga pernah menerima kunjungan pelancong dari Itali, Sweden dan Singapura.

“Di tengah tasik ini, kita juga menyediakan ruangan makan untuk pasangan dengan suasana romantik dengan harga hanya serendah RM98 bagi menikmati makanan yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Sungai Petani, Kedah, Fazila Sudirman, 22, berkata, suasana di lokasi perkhemahan berkonsepkan ‘glamping’ itu sangat tenang dan cukup mendamaikan.

“Suasana malam di sini sangat sejuk dan nyaman dan ini pengalaman pertama kami berkhemah dalam suasana tenang seperti ini. Khemah-khemah yang disediakan di sini juga sangat selesa dengan pemandangan pula cukup indah,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -pertama-di-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.534708 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list