CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Kedah] Remaja dirogol Inspektor, polis hantar bukti ke jabatan kimia

[Copy link]
Post time 3-1-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Yan: Polis menyerahkan beberapa bahan bukti kepada Jabatan Kimia susulan siasatan kes remaja perempuan 16 tahun dirogol seorang Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini Rabu lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu turut ditahan bagi membantu siasatan selain polis juga memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke IPD berkenaan untuk dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Menurut sumber, selain itu polis turut merampas pakaian yang dipakai mangsa ketika kejadian untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Polis juga merampas tiga telefon bimbit masing-masing milik remaja berkenaan, rakannya dan juga suspek untuk dihantar ke makmal forensik," katanya.

Portal Harian Metro malam tadi melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang Inspektor ketika berada dalam bilik pejabatnya di IPD Yan pada 6.30 petang Rabu lalu.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan menggunakan alasan untuk menjalankan siasatan terhadap remaja berkenaan yang sebelum itu membuat laporan mendakwa dirogol bapa tiri.

Ketika berada dalam bilik, Inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan lanjut polis merampas sarung bantal serta cadar yang dipercayai mengandungi sampel DNA, rambut, bulu dan juga pisau cukur.

"Semua bahan yang dirampas itu diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-ke-jabatan-kimia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074575 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list