CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 0

BMW Motorrad bawa masuk jentera K1600B

[Copy link]
Post time 3-1-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

BMW K1600B.

KUALA LUMPUR: BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW K1600B baharu, sekali gus meluaskan lagi portfolio motosikal berkuasa tingginya di peringkat tempatan bagi segmen jelajah.

Generasi jentera ini yang terbaharu hadir bersama gaya yang tersendiri, disinambungkan dengan pengoperasian dan anjakan kuasa yang serba lancar, disumbang oleh enjinnya yang luar biasa.

Menggandingkan prestasi cemerlang enjin sebaris enam silinder dengan kelengkapan dan kemudahan yang canggih, BMW K1600B baharu menjadikan sesi tunggangan jarak jauh anda lebih selesa dan mengagumkan.

Dari aspek reka bentuk, BMW K1600B baharu mempersembahkan bahasa gaya yang tersendiri, dirumus untuk menyusur dari destinasi ke destinasi.
Disyorkan Untuk Anda


Didatangkan dalam warna Black Storm Metallic dan Manhattan Metallic Matte (Style Exclusive), jentera itu menggayakan cermin hadapan yang lebih singkat serta seksyen belakang yang lebih menonjol bersama indikator LED dan lampu brek pada peti sisinya. Enjin sebaris enam silinder berwarna hitam dengan Perisai Perlindungan Enjin turut menyempurnakan imej jentera ini yang gah.

Motosikal berkuasa tinggi itu hadir dengan enjin sebaris enam silinder empat lejang yang disejukkan dengan minyak/air yang menjadi jantung jentera ini, selain ia tampil bersama dua aci sesondol overhed yang terletak di atas aci pacuan, menggalang kapasiti 1,649 cc, yang mampu menjana 160 kuasa kuda (hp) pada 6,750 rpm serta tork maksimum mencecah 180 Nm pada 5,250 rpm.

BMW K1600B baharu memiliki kuasa mengagumkan dengan kelajuan maksimum berkadar 200 kilometer sejam (km/j).

BMW K1600B baharu juga menampilkan BMW Motorrad Integral ABS Pro dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), berserta dengan tiga mod tunggangan: Rain, Road dan Dynamic.

"Bagger" ini turut dilengkapi dengan fungsi kawalan brek enjin (MSR), Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Permulaan Curam (HSC), kawalan luncur elektronik, serta ESA Dinamik Generasi Baharu (dengan Pendatar Muatan Automatik) yang menjamin pengendalian serta dinamik pemanduan yang optimum.

Jentera itu turut membawakan Gear Shift Assistant Pro, Bantuan Mengundur, dan Kawalan Tekanan Tayar (RDC) sebagai standard.

Penunggang BMW K1600B juga dapat menikmati unit komputer bersepadu yang menampilkan skrin paparan TFT berwarna 10.25 inci dengan fungsi Keterhubungan dan Navigasi Peta Terintegrasi, dikuasakan oleh aplikasi BMW Motorrad Connected, selain ruang pengecasan untuk telefon bimbit (USB-C).

Kluster empat butang yang boleh dikonfigurasi juga membekalkan keupayaan operasi yang serba intuitif, sementara sistem Tunggangan Tanpa Kunci membolehkan kenderaan ini dihidupkan dengan lebih mudah berbanding kaedah konvensional.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata jentera 'Bagger' baharu itu benar-benar merangkap 'The Spirit of the Open Road', kerana ia menjadikan setiap jalan raya, penjelajahan dan detik tersemat dalam ingatan.

"Untuk mengalu-alukan tahun yang baharu, kami berbesar hati untuk membawakan sebuah jentera yang menawan, menyelesakan lagi berkuasa tinggi sebagai pendamping bagi pengembara di Malaysia.

"Dengan BMW K 1600 B baharu, pelanggan kami dapat mengalami sendiri sebuah jentera mewah berprestasi tinggi yang sebenar, yang tidak mengkompromikan mana-mana ciri kemudahan yang sinonim dengan model jelajah kami," katanya.

BMW K1600B ditawarkan pada harga jualan (atas jalan, dengan jaminan tiga tahun serta Program bantuan tepi jalan tiga tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bermula RM173,500.

https://www.bharian.com.my/bisne ... asuk-jentera-k1600b

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.282197 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list