CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 3

[Pulau Pinang] Penduduk Pulau Pinang selesa duduk di rumah, elak bersesak ketika hujung minggu

[Copy link]
Post time 3-1-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN bersesak memasuki Pulau Pinang terutamanya pada cuti umum dan hujung minggu.



GEORGE TOWN – Kebanyakan penduduk Pulau Mutiara kini lebih suka menghabiskan masa hujung minggu dengan duduk di rumah berikutan tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas sama ada ke pusat bandar mahupun pergi ke Seberang Perai.

Misalnya, tempoh peman­duan dari Bayan Lepas ke pusat bandar yang dianggarkan sejauh kira-kira 15 kilometer (km) sahaja mengambil masa lebih sejam pada setiap hari Sabtu, Ahad atau musim cuti sekolah apabila terpaksa menempuh kesesakan teruk.

Masa tersebut dikatakan sudah menyamai tempoh perjalanan ke Kulim, Kedah sejauh kira-kira 40 km jika keadaan trafik berjalan lancar.

Bukan setakat itu, penduduk di sebelah pulau turut mengeluh apabila mereka juga terpaksa berdepan kelewatan tiba ke destinasi terutama Taiping, Perak dengan anggaran masa yang perlu diambil selama lebih dua jam.

Kebiasaannya, tempoh lebih dua jam itu adalah jarak bagi perjalanan ke Simpang Pulai, Perak.

Seorang penduduk, Norizana Adnan, 30, berkata, dia tidak sanggup berdepan kesesakan setiap hujung minggu di bahagian pulau dan mengambil keputusan hanya tinggal di rumah bersama keluarga.

“Memang tidak dinafikan, Pulau Pinang menjadi antara senarai lokasi percutian pilihan pelancong luar. Keadaan ini (ke­sesakan) dilihat semakin menjadi-jadi selepas fasa endemik dan ramai orang luar berpusu-pusu masuk ke sini.

“Tengoklah sendiri di jalan raya pada musim cuti persekolahan baru-baru ini, nombor plat kenderaan boleh dikatakan semuanya dari luar Pulau Pinang. Bagaikan ada pesta keramaian.

“Sesak bukan sahaja di kawasan pusat bandar, malah jalan-jalan di Balik Pulau, Bayan Lepas menuju ke Bayan Baru dan Batu Ferringhi ke Teluk Bahang juga banyak dengan kenderaan. Kea­daan trafik sentiasa perlahan dari siang sampai ke tengah malam,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Jalan Armenian di George Town antara lokasi tumpuan ramai pelancong di Pulau Pinang terutama pada musim cuti sekolah. – IQBAL HAMDAN

Seorang lagi penduduk, Fairuz Azman, 43, pula memberitahu, dia lebih selesa menunggang motosikal bersama isteri atau anak untuk ke pusat bandar pada hujung minggu atau sekiranya ada urusan penting.

“Motosikal menjadi kenderaan alternatif yang paling mudah dan pantas. Hanya mencelah-celah di tepi kenderaan yang sedang berbaris panjang.

“Sekiranya terdesak untuk keluar bersama anak-beranak, kami akan pastikan keluar dari rumah pada pukul 8 atau 9 pagi dan akan pulang semula ke rumah selepas solat Isyak.

“Ketika itu, kenderaan di jalan-jalan utama dan lebuh raya di sebelah pulau sudah berkurangan, namun akan kembali sesak sekitar pukul 9 malam menghala ke Padang Kota Lama dan Batu Ferringhi,” jelasnya.

Seorang kakitangan kerajaan, Juzaidi Ahmad, 48, mendakwa, orang Pulau Pinang ketika ini dikatakan lebih selesa keluar bercuti dari negeri ini pada setiap hujung minggu.

“Lima hari kami bekerja dan sering menempuh kesesakan setiap kali pergi dan pulang dari berkerja. Kami perlukan ketenangan jiwa. Disebabkan itu, saya membuat keputusan membeli rumah kedua di Gurun, Kedah sejak lima tahun lalu.

“Rumah kedua kami terletak berhampiran kawasan bukit. Tenang jiwa melihat kehijauan tumbuhan hijau setiap hujung minggu dan fikiran akan mula serabut apabila pulang semula ke sini setiap Ahad malam,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... tika-hujung-minggu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 12:06 PM | Show all posts
yg buat semak tu org luar la kan...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 03:00 PM | Show all posts
sabarlah
nti kejap kuranglah tu org akibat dipop bipop
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 03:01 PM | Show all posts
kallau jadi wawasan 70 juta penduduk atok kau hijau..menangis la mcm duduk dlm merake
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061660 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list