CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Kedah] Pemuda dikhuatiri lemas selepas gagal menyeberangi sungai

[Copy link]
Post time 3-1-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) ketika membantu pihak berkuasa mencari mangsa yang dipercayai lemas di Tasik Gubir. FOTO Ihsan Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM)

Sik: Pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika cuba menyeberangi sungai ketika berkhemah bersama rakannya di kawasan Tasik Gubir, di sini semalam.

Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, dari Kuala Nerang dikatakan sudah berkhemah di kawasan itu bersama tujuh rakan sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, antara aktiviti dilakukan mereka adalah menangkap ikan dan pada pagi hari kejadian, mangsa bersama empat rakan menaiki bot untuk memancing di kawasan tasik

Katanya, dua rakan lain tidak menyertai mereka dan berada di tapak perkhemahan.

"Bagaimanapun pada 1.30 tengah hari, mereka berlima kembali ke tapak perkhemahan itu untuk menjala ikan di tepi sungai berhampiran.

"Mangsa cuba turun dari bot sebaik tiba, namun aliran sungai yang tiba-tiba deras menyebabkan dia dan rakannya panik serta cuba melarikan diri ke tebing sungai.

"Ketika itu mangsa tidak sempat sampai ke tebing dan hanyut dibawa arus deras sungai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian pada 5.30 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebelum ditangguh pada 7.30 malam.

Operasi bersambung semula 8 pagi ini yang turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... menyeberangi-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.371933 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list