Gambar menunjukkan projek pemasangan lampu jalan dipasang sehingga persimpangan keluar Jambatan Samarahan berhampiran Kampung Tambay, Kota Samarahan.
KUCHING: Penduduk kawasan Parlimen Kota Samarahan akan menarik nafas lega apabila projek pemasangan lampu jalan di kawasan itu siap sepenuhnya kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Katanya, projek pemasangan lampu jalan kini sudah siap dipasang sehingga persimpangan keluar Jambatan Samarahan berhampiran Kampung Tambay dan akan diteruskan hingga ke daerah Asajaya.
“Pemasangan lampu jalan ini sangat penting. Insya-Allah dengan siapnya keseluruhan projek ini nanti, ia akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya terutama bagi mereka yang berulang-alik dari tempat kerja pada waktu malam,” katanya.
Gambar menunjukkan projek pemasangan lampu jalan dipasang sehingga persimpangan keluar Jambatan Samarahan berhampiran Kampung Tambay, Kota Samarahan.
Beliau berkata demikian ketika meninjau projek tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke lawatan kerja bersama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) di Kota Samarahan baru-baru ini.
Sehubungan itu, Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berharap agar projek pemasangan lampu itu berjalan dengan lancar.
“Semoga projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.
|