CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

F1: Mercedes optimis tampil lebih garang

[Copy link]
Post time 2-1-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Wolff - Foto Agensi


PASUKAN Mercedes akan tampil lebih padu pada musim baharu Formula Satu (F1) untuk merampas semula gelaran kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar dan pemandu selepas gagal mempamerkan prestasi cemerlang tahun lalu.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, pegawai teknikal giat merancang persiapan untuk mengharungi musim baharu yang dijadualkan bermula Mac depan selain sudah belajar daripada kesilapan pada edisi 2022.

    “Cabaran F1 semakin sengit dan kita tahu setiap perubahan yang dibuat akan memberikan risiko yang tersendiri. Namun, saya seorang yang optimis dan kekal realistik,” katanya.

Mercedes mengharungi musim terburuk pada edisi 2022 selepas menamatkan saingan bagi kategori pengeluar di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang musuh tradisi, Ferrari dan juara, Red Bull.

Lebih malang, pelumba utama pasukan, Lewis Hamiton yang merupakan juara dunia tujuh kali tidak berjaya menjuarai sebarang perlumbaan Grand Prix (GP) mahupun memenangi aksi kelayakan sepanjang tahun lalu.

Menurut Wolff biarpun Red Bull berjaya mempamerkan prestasi dominan tahun lalu, beliau pasti mereka juga ada kelemahan dan situasi sama juga berlaku dengan Ferrari.

“Saya harap apabila kita memperkenalkan jentera baharu ia dapat memberikan saingan kompetitif dan pelumba kami berpuas hati dengan apa yang kita berikan.

“Lebih penting apabila jentera itu dapat memberikan kelajuan maksimum seperti yang diharapkan sekali gus memperbaiki kekurangan musim lepas,” ujar Wolff.

https://www.sinarharian.com.my/a ... tampil-lebih-garang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.178114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list