CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 0

Punca Tunisha Sharma mati tergantung temui petunjuk baharu

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

SEHINGGA kini, bekas kekasih Tunisha, Sheezan masih direman untuk siasatan polis.


Punca Tunisha Sharma mati tergantung temui petunjuk baharu

SIASATAN membabitkan kematian aktres Bollywood, Tunisha Sharma yang dipercayai membunuh diri di lokasi penggambaran dua minggu lalu menemui petunjuk baharu.

Ketika soal siasat, polis  berjaya mendapatkan pengakuan bekas kekasihnya juga pelakon, Sheezan Khan ada menampar wanita itu selepas mereka bergaduh besar.

Sepanjang dua hari melakukan siasatan, polis turut menyelidik mengenai dakwaan ibu mendiang, Vanita Sharma tentang kecurangan Sheezan yang didakwa mendorong Tunisha mencabut nyawa sendiri.

Sebelum ini, Vanita meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci kerana anaknya tidak mungkin mengakhiri riwayat tanpa sebab.

Menurut Vanita, Tunisha sebelum ini bertarung dengan masalah kemurungan, tetapi tidak merasakan isu tersebut sebagai punca bertindak membunuh diri .

Akui wanita pertengahan usia itu lagi, dua minggu sebelum tragedi Sheezan, 28, menampar Tunisha di set penggambaran selain mendakwa terdapat keraguan fakta kematian Tunisha.

Persoalan terkini yang dibangkitkan Vanita apabila anaknya yang mati tergantung sebenarnya ditemui Sheezan, bukan kru seperti didakwa pada awal khabar kematian tersebar. Dia berasa pelik kerana tiada saksi di tempat kejadian, malah dakwaan gantung diri juga hanya keluar dari mulut Sheezan yang juga orang pertama mengangkat tubuh Tunisha di tempat kejadian.

Pelbagai teori lain yang menjurus kepada tuduhan aktor tersebut bertanggungjawab sepenuhnya kepada kematian mendiang terus hangat diperdebatkan media India.

Dalam kejadian 24 Disember lalu, aktres yang berlakon sejak zaman kanak-kanak itu dilaporkan menguncikan diri dalam bilik mekap bekas kekasihnya di sebuah set penggambaran.

Difahamkan kedua-duanya digandingkan dalam sebuah projek drama bersiri, namun tiada sesiapa pun dapat menghidu hubungan mereka ketika itu sedang berantakan.

Sheezan yang dilaporkan menangis ketika disoal siasat kemudian diperintahkan menjalani tahanan reman selama 14 hari bermula Khamis, minggu lalu.

Polis turut mengesahkan Tunisha, 20, tidak hamil seperti yang dilaporkan dalam media sosial selain menegaskan masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ui-petunjuk-baharu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.397685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list