CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pihak tak puas hati boleh cabar melalui semakan kehakiman

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Pihak tak puas hati boleh cabar melalui semakan kehakiman


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



RAKAMAN yang tular di TikTok. FOTO TikTok




Georgetown: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) disarankan lebih aktif memberi penerangan berhubung isu penamatan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid di negeri ini dan tidak membiarkan perkara itu berlarutan sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah, Dr Zulqarnain Lukman berkata, ini kerana dakwaan MAINPP menidakkan amalan demokrasi adalah tidak tepat kerana demokrasi berdiri atas undang-undang dan tidak terhenti setakat keputusan mesyuarat agung tahunan kariah.

Beliau berkata, sebaliknya masih ada proses undang-undang yang perlu dipatuhi pihak berkenaan dengan pemilihan jawatankuasa kariah perlu disahkan pihak yang mempunyai autoriti teratas iaitu MAINPP.

"Satu pihak yang tidak berpuas hati ini telah membuat pengumuman di dalam masjid mengenai peletakan jawatan mereka dan ada pula yang merakam seterusnya menaikkan video di TikTok dan Facebook.

"Selepas itu, ada juga dalam kalangan mereka yang membuat himpunan dan membuat ceramah kelompok untuk menerangkan cerita versi mereka dan antara lain ditimbulkan adalah MAINPP tidak adil dan menamatkan jawatan mereka atas dasar dendam politik.

"Pihak MAINPP pula hanya mengeluarkan kenyataan bertulis dan tidak membuat apa-apa majlis penerangan mengenai hal itu," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook hari ini.

Zulqarnain berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan MAINPP boleh mencabarnya melalui proses semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil.

Beliau berkata, semakan undang-undang mendapati Kaedah 3(4) Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Masjid dan Qaryah Negeri Pulau Pinang 1997 menyatakan bahawa setiap AJK kariah dan pegawai masjid hendaklah setiap seorang dilantik dan mendapat tauliah MAINPP.

Selain itu berdasarkan semakan Kaedah 24(2) peruntukan yang sama turut tidak menyenaraikan pemilihan Pengerusi dan AJK kariah dalam agenda mesyuarat agung tahunan kariah masjid.

Beliau berkata, justeru pelantikan yang dibuat dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung khas kariah adalah tidak sah sehingga diberi tauliah oleh MAINPP.

Beliau berharap semua pihak dapat bertindak matang dan menerima kedudukan undang-undang serta tidak menghasut jemaah atau orang ramai melalui himpunan atau platform media sosial.

"MAINPP mempunyai kuasa untuk meminta dikemukakan nama lain atau melantik mana-mana anak kariah yang pada pandangannya layak menjadi Pengerusi atau AJK kariah.

"Keputusan dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung khas kariah tidak mengikat MAINPP," katanya.


Disiarkan pada: Januari 2, 2023 @ 1:52pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.104733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list