CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Anwar pengerusikan mesyuarat persiapan PH - Guan Eng

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Anwar pengerusikan mesyuarat persiapan PH - Guan Eng

02 Januari 2023   01:51pm






Lim Guan Eng, Anwar




GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan satu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat sebelum Tahun Baharu Cina bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, mesyuarat itu antaranya akan membincangkan mengenai kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi PRN, pengagihan kerusi antara parti dan pemilihan calon.
"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Anwar minggu lepas dan beliau menyatakan satu mesyuarat akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina iaitu minggu ketiga bulan ini (Tahun Baharu Cina pada 22 Januari).


"Mesyuarat itu akan bincang secara terperinci mengenai kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan juga di kerajaan negeri masing-masing dalam menghadapi PRN," katanya kepada pemberita dalam sidang media, yang turut dihadiri Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying pada Isnin.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, DAP Pulau Pinang telah melantik bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai sebagai Pengarah Kempen PRN 2023.

"Hon Wai merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman dan beliau akan memimpin kempen PRN Pulau Pinang yang dijangka pada pertengahan tahun ini," katanya.

Beliau berkata, Hon Wai juga akan berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Guan Eng dalam membantu Ahli Parlimen Bagan itu menjalankan tugas sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.

Sementara itu, Hui Ying berkata, bagi menghadapi PRN, DAP Pulau Pinang memfokuskan tiga perkara iaitu pemulihan ekonomi negeri pasca pandemik Covid-19, program kebajikan rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.091166 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list