CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Kedah] 3.2 juta pelancong dijangka kunjungi Langkawi tahun ini

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Dataran Lang antara destinasi tumpuan pelancong di Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan kedatangan kira-kira 3.2 juta pelancong ke Langkawi untuk tahun ini, selepas mencatat 2.57 juta pengunjung tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai susulan penganjuran acara berprestij iaitu Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) pada Mei ini.

"Sepanjang tahun lalu, seramai 2.57 juta pelancong mengunjung pulau ini, sekali gus mengatasi sasaran awal yang ditetapkan LADA pada awal tahun iaitu 2.5 juta.

"Memandangkan Langkawi masih dalam fasa pemulihan pasca COVID-19, kita sasarkan 3.2 juta pelancong sehingga akhir tahun ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Nasaruddin berkata, data kemasukan pelancong dikeluarkan LADA adalah sah dan diguna pakai pelbagai pihak kerana pengumpulan maklumat berkaitannya dibuat secara harian.

"Data pelancong dikumpul secara harian membabitkan tiga pintu masuk utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jeti Kuah dan Dermaga Tanjung Lembung.

"Pulau ini sudah mencatat 30 penerbangan masuk sehari iaitu hampir mencapai kapasiti penuh dan 50 kapal pelayaran bakal singgah di pulau ini tahun ini," katanya.

Beliau berkata, pada suku pertama tahun ini, pihaknya memfokuskan kemasukan pelancong domestik, khususnya pada sambutan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam.

"Difahamkan, pengerukan alur pelayaran feri di Kuala Kedah juga sudah siap pada pertengahan Disember lalu, manakala di Kuala Perlis dijangka siap akhir Februari ini.

"LADA mengatur mesyuarat bersama Jabatan Laut Malaysia, pengusaha feri dan pemain industri pada Ahad ini dalam usaha menyelesaikan isu logistik ke pulau ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -langkawi-tahun-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060501 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list