CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

Afif fokus tawan ARRC

[Copy link]
Post time 2-1-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Afif (tiga dari kiri) sewaktu meraikan gelaran ketiganya dalam kelas CP150 musim lalu. - Foto FB CKJ Racing

KUALA LUMPUR: Pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menjadi fokus utama Ahmad Afif Amran musim ini selepas meraih gelaran ketiganya dalam kelas CP150 di Kejuaraan Cub Prix Malaysia, tahun lalu.

Afif yang bakal kembali menunggang jentera 600cc di peringkat Asia berkata, menjadi impiannya untuk meraih gelaran di ARRC selepas berjaya mempamerkan prestasi yang baik di peringkat tempatan.

"Memang tahun ini saya nak lebih fokus kepada kelas SuperSports 600cc (ARRC)," katanya yang bakal kembali dalam kelas berkenaan selepas kali terakhir pada 2020 bersama pasukan YAMAHA GEN BLU Racing Team.

Pada ketika itu, saingan musim hanya sempat berlangsung sebanyak satu pusingan di Litar Antarabangsa Sepang sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia dan Afif mampu menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kedua.

Saingan musim 2021 terpaksa dibatalkan kerana penutupan sempadan dan Afif kembali beraksi di ARRC pada tahun berikutnya namun dalam kelas Underbone 150 dan menamatkan saingan keseluruhan di tempat kelima bersama pasukan Cardinals Racing Team Malaysia.

"Kategori ini (600cc) boleh dikatakan baru lagi bagi saya dan saya pun tak dapat apa yang saya inginkan (di ARRC). Seperti di Cub Prix, saya sudah dapat capai dan kalau boleh di peringkat Asia, saya nak satu gelaran.

"Untuk permulaan ini, saya berharap dalam bersaing dengan kompetitif dan berada dalam kelompok 10 teratas. Apapun, saya perlu mencari rentak semula dalam kelas 600cc ini," kata Afif yang pernah menyertai kelas sama pada 2014 dan 2015.

Selain itu, Afif menjangkakan saingan Kejuaraan Cub Prix 2023 akan menjadi sesuatu yang lebih mencabar memandangkan dirinya perlu menurunkan berat badan kerana kejuaraan menerapkan beberapa peraturan baharu.

"Dalam tempoh rehat musim ini, saya perlu diet dan melakukan latihan fizikal yang lebih lagi kerana perlu turunkan berat badan antara dua ataupun tiga kilogram (kg). Ini kerana saya adalah antara pelumba yang paling berat di Cub Prix.

"Namun itu adalah satu cabaran dan saya akan menyahutnya secara positif," kata pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu.

https://www.bharian.com.my/sukan ... if-fokus-tawan-arrc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list