CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat warga emas hilang ditemui terapung dalam sungai

[Copy link]
Post time 1-1-2023 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Mayat warga emas hilang ditemui terapung dalam sungai


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



MAYAT lelaki ditemui terapung di Sungai Pinang di sini, hari ini. FOTO Ihsan pembaca.




Georgetown: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Pinang di sini, hari ini.

Mangsa, Kang Tan Bok Ghee, 72, itu ditemui tiga pemancing di pinggir laut berhampiran Lebuh Macallum yang kemudiannya menghubungi Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata pihaknya segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 10.06 pagi.

"Lelaki beralamat di Butterworth itu tinggal di sebuah rumah jagaan orang tua yang dikendalikan sebuah persatuan dan didapati hilang kira-kira jam 9 pagi semalam.

"Polis berjaya mengesan keluarga lelaki yang sudah meninggal dunia itu sebelum mereka hadir membuat pengesahan identiti mayatnya," katanya di sini hari ini.

Menurut Saravanan anak saudara lelaki itu memaklumkan bapa saudaranya tinggal di pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur perlakuan jenayah dan mayat warga emas itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Disiarkan pada: Januari 1, 2023 @ 5:37pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069881 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list