CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Kedah] 367 samseng jalanan masuk 'pukat'

[Copy link]
Post time 1-1-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan polis menolak motosikal masing-masing ke IPD Kota Setar sempena Malam Tahun Baru kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk melakukan aksi bahaya. FOTO IHSAN PDRM

Alor Setar: Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi merbahaya di Jalan Pegawai di sini, mengundang padah apabila 367 individu ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sebanyak 342 motosikal dan kereta ditahan dalam OP Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar awal pagi tadi.

Beliau berkata, intipan yang dilakukan hampir satu jam di lokasi bermula jam 2.30 pagi itu mendapati kumpulan remaja bermotosikal mula memenuhi kiri dan kanan Jalan Pegawai.


"Mereka dipercayai melakukan pelbagai aksi merbahaya untuk menduga kelajuan dan menunggang secara berbahaya dipertontonkan sesama mereka.

"Namun kelekaan dan keghairahan kumpulan ini akhirnya terjerat apabila kepungan mula dilakukan tepat jam 3.30 pagi," katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kehadiran polis ketika itu menyebabkan kumpulan ini cuba meloloskan diri namun gagal apabila semua laluan keluar dari lokasi ditutup rapi oleh pasukan operasi.

Beliau berkata, hasil daripada itu, kesemua 342 kenderaan motosikal dan kereta yang membabitkan 367 individu berjaya ditahan untuk tujuan pemeriksaan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 254 saman Pol 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik manakala 22 buah motosikal lain disita untuk tindakan lanjut.

"Operasi berakhir sekitar jam 8 pagi ini dan membabitkan kekuatan seramai empat pegawai kanan dan 60 anggota termasuk anggota bantuan dari lain lain bahagian dan balai di bawah pentadbiran IPD Kota Setar," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jalanan-masuk-pukat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058410 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list