CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

Verstappen mampu pertahan gelaran

[Copy link]
Post time 1-1-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN cukup dominan musim lalu dengan meraih kejuaraan dunia buat kali kedua dan jauh meninggalkan pencabarnya. – AFP


LONDON – Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen berpotensi untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut menjelang Formula Satu (F1) 2023 selepas memenangi edisi 2021 dan 2022.

Ia berdasarkan pencapaian hebat dilakukan pelumba dari Belanda itu memenangi 15 daripada 22 perlumbaan biarpun membuat permulaan hambar pada musim lalu.

Verstappen menamatkan musim dengan perbezaan 146 mata jauh mengatasi pencabar terdekat di tempat kedua, Charles Leclerc dari Ferrari sekali gus dianggap salah satu kempen paling dominan dalam sejarah F1.

Ketua Pasukan Red Bull Ra­cing, Christian Horner mengakui, sukar untuknya meramalkan apa yang mampu dicapai Verstappen dalam kancah F1 memandangkan usianya masih muda iaitu 25 tahun.

Ada yang menyamakan Vers­tappen dengan legenda F1, Michael Schumacher dan berpotensi untuk memecahkan segala rekod dalam perlumbaan itu berdasarkan pencapaiannya dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini.

“Max (Verstappen) seorang yang natural dan keupayaannya masih ‘mentah’, tetapi memiliki keinginan serta keazaman tinggi untuk berjaya. Ia sesuatu yang saya tidak pernah lihat lagi.

“Dia sama seperti Seb (Sebastian Vettel) kerana kedua-dua mereka mahu menang dan menjadi antara yang terbaik. Namun, mereka berdua adalah individu dengan karakter berbeza.

“Anda boleh melihat Max mengecapi kejayaan dalam tempoh yang begitu singkat. Pada usia baru 25 tahun, ia agak ‘menakutkan’ untuk memikirkan apa yang sebenarnya boleh dicapai nya selepas ini,” kata Horner.

Perlumbaan Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sakhir pada 5 Mac akan menjadi pembuka tirai bagi kalendar F1 musim 2023. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... u-pertahan-gelaran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list