CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Perlis] Pasar Terapung Perlis diserbu pelancong

[Copy link]
Post time 1-1-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

PASAR Terapung JPS Perlis menjadi antara lokasi pilihan pelancong bagi menikmati aktiviti kayak dan perahu selain menikmati makanan tradisi yang dijual di dalam perahu di Pengkalan Asam, Kangar, Perlis.- MINGGUAN/IZLIZAN OTHMAN



KANGAR: Jika ke Thailand, kebanyakan pelancong tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai, yang menjadi antara tarikan di negara jiran itu.

Negeri ini juga tidak kurang dengan daya tarikan tersendiri apabila pasar terapung di Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Pengkalan Asam di sini yang beroperasi setiap Sabtu dan Ahad turut mendapat kunjungan luar biasa pengunjung seluruh negara.

Malah, jumlah kehadiran pengunjung ke lokasi berkenaan memberangsangkan berbanding kebiasaan sejak kebelakangan ini khususnya pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, seorang pengunjung, Mohd Sulaiman Md Isa, 48, berkata, dia bersama keluarga memilih berkunjung ke pasar terapung itu bagi melihat sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat di situ.

“Saya tertarik melihat promosi lokasi ini menerusi laman sosial yang memaparkan keunikan di sini seolah-olah sama seperti pasar terapung yang terdapat di Thailand.

“Konsep yang digunakan di pasar ini sangat bersesuaian buat ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama malah kami tidak perlu ke negara jiran bagi merasai pengalaman sama yang ditawarkan di sini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nor Shakila Mohd Yasin, 35, berkata, pasar terapung itu menyediakan beberapa kemudahan seperti gerai jualan dan aktiviti air buat pengunjung yang ke situ.

Katanya, dia pernah berkunjung ke pasar terapung di Thailand sebelum ini dan kedua-dua lokasi tersebut sememangnya mempunyai tarikan tersendiri.

“Bagi saya pasar terapung di sini lebih menarik dan amat sesuai buat ahli keluarga untuk beriadah bersama bagi melakukan pelbagai aktiviti seperti berkayak, memancing ikan dan pelbagai lagi,” katanya.

Dia berharap promosi terhadap lokasi pelancongan itu dapat dirancakkan lagi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Perlis.

“Selain itu, terdapat beberapa penambahbaikan lain yang boleh dibuat selepas ini memandangkan ia berpotensi untuk menjadi tarikan pengunjung,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -diserbu-pelancong/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.060631 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list