CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Pulau Pinang] Budak sekolah antara 11 individu beragama Islam ditahan mabuk

[Copy link]
Post time 1-1-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan 11 individu beragama Islam yang berada di bawah pengaruh alkohol di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini dalam operasi berakhir jam 3 pagi awal hari ini. Foto ihsan JHEAIPP

Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah bersama 10 lagi individu yang berada di bawah pengaruh alkohol di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini, malam tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, kesemua lelaki beragama Islam berumur antara 16 dan 38 tahun itu ditahan ketika minum arak di premis terbabit dalam operasi pemeriksaan secara rawak, bermula 11.45 malam.

"Remaja itu mendakwa dia pertama kali berkunjung ke pusat hiburan itu atas ajakan kawannya dan menyatakan dia tidak pernah melakukan perbuatan itu sebelum ini.


"Kesemua yang ditahan dibawa ke Jabatan Pemeriksaan JHEAIPP untuk siasatan lanjut, selepas ujian saringan membuktikan mereka berada di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu, awal hari ini.

Mohd Azizon berkata, pihaknya menghubungi waris individu terbabit bagi tujuan ikat jamin.

Katanya, kebanyakan daripada mereka bekerja di sektor perkilangan selain ada yang berkhidmat dalam sektor kesihatan.

Mohd Azizon berkata, operasi berakhir 3 pagi itu turut mendapati beberapa daripada lelaki terbabit datang dari kawasan yang sama antaranya di Batu Kawan dengan seorang daripada mereka turut membawa teman wanita warga Indonesia berumur 20-an.

Katanya, lelaki berusia 30-an itu mendakwa wanita warga asing berkenaan adalah tunangnya, namun wanita tersebut tidak ditahan memandangkan dia bukan beragama Islam.

"Mereka dipercayai melakukan perkara itu untuk berhibur sambil menunggu detik 12 tengah malam sempena tahun baharu, jadi ada yang tidak sedar kedatangan kami kerana dalam keadaan mabuk.

"Terdapat juga cubaan melarikan diri, namun polis mengawal ketat di setiap jalan keluar termasuk laluan tangga dan lif, dengan tiada antara kumpulan lelaki terbabit dapat meloloskan diri," katanya.

Kesemua lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu meminum minuman memabukkan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... islam-ditahan-mabuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.729553 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list