CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang sambung taja feri percuma enam bulan lagi

[Copy link]
Post time 31-12-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang sambung taja feri percuma enam bulan lagi

31 Disember 2022     10:58am






Gambar hiasan - Foto 123rf




GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambung penajaan program feri percuma selama enam bulan pada tahun depan iaitu bermula esok hingga 30 Jun 2023 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM468,000.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, perkara itu adalah seiring dengan lanjutan pembiayaan Pas Mutiara oleh kerajaan negeri yang telah diumumkan baru-baru ini.

"Ini sekali gus bermaksud bahawa sekali lagi, jaringan pengangkutan awam di Pulau Pinang baik pengangkutan air atau darat adalah percuma bagi semua warganegara Malaysia.

"Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan,'' katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya program yang mula dilancarkan sejak 1 Julai 2021 itu mendapat sambutan hangat daripada warga Pulau Pinang dengan jumlah penumpang (ridership) menunjukkan momentum yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi apabila negara memasuki fasa endemik Covid-19.

Zairil berkata, menerusi penajaan itu ia membolehkan penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia layak untuk menikmati perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma pada setiap hari dan setiap masa.

Katanya, penumpang hanya perlu membawa MyKad yang telah didaftarkan terlebih dahulu di kaunter tiket dan tap di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk penyeberangan percuma sebelum menaiki feri.

"Kerajaan negeri berharap dengan adanya pembiayaan tambang feri itu ia dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perjalanan warga Pulau Pinang yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam," katanya.




Menurutnya usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri itu juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai salah satu mod pengangkutan. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.327544 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list