CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 1

[Kedah] Pekerja pasar raya cedera ditetak dua lelaki

[Copy link]
Post time 31-12-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

MANGSA dibawa ke Hospital Kulim selepas mengalami kecederaan akibat ditetak dua lelaki di hadapan sebuah pasar raya di Taman Serai Wangi, Padang Serai di Kulim.


KULIM: Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala dan kaki selepas ditetak dengan senjata tajam oleh dua lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Serai Wangi, Padang Serai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang berseorangan ditetak dua suspek terbabit ketika berada di kawasan tempat meletak kenderaan pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan kejadian terbabit sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan yang dialaminya kemudian dibawa ke wad kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga pekerja di pasar raya tersebut berusia lingkungan 50-an dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di wad hospital berkenaan.

Katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan sedang memburu kedua-dua suspek terbabit manakala kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tetak itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 013-435 8399. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ditetak-dua-lelaki/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2022 12:28 PM | Show all posts
Semoga sipelaku dapat diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056053 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list