CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bungkusan tanpa nama rupanya ada dadah

[Copy link]
Post time 30-12-2022 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Bungkusan tanpa nama rupanya ada dadah



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ANTARA dadah jenis heroin yang dirampas. FOTO Danial Saad.




Nibong Tebal: Bungkus dadah dalam bungkusan pos tanpa nama dan alamat pengirim.

Itu modus operandi sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Namun, tindakan itu tidak berhasil apabila polis berjaya membongkar kegiatan berkenaan melalui lima serbuan yang dijalankan pada Selasa dan Rabu lalu.

Dalam serbuan itu, lapan lelaki tempatan termasuk tiga pengawal keselamatan berusia antara 19 hingga 50 tahun ditahan, selain merampas dadah jenis heroin seberat 2.95 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM35,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat diterima sekali gus membawa kepada penahanan tiga pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, pada jam 10.30 malam Selasa.

"Melalui pandu arah seorang suspek, polis menemui bungkusan dadah heroin lebih 2.3 kilogram yang disorok dalam bungkusan pos yang diletakkan di tepi pagar kilang tempat suspek bekerja.

"Soal siasat yang dijalankan terhadap suspek tangkapan pertama kemudian menghasilkan lima lagi tangkapan berikutnya iaitu dua pemandu lori di Bukit Tambun (Seberang Perai Selatan) pada 2.20 pagi Rabu, dan di Kubang Semang (Seberang Perai Tengah) kira-kira 3.20 pagi, hari sama.

"Selain itu, tiga tangkapan dibuat di kawasan Persiaran Gurney (Timur Laut) pada jam 9 malam Rabu, membabitkan dua penganggur dan seorang penjual kereta yang mana dalam serbuan ini polis merampas dadah heroin seberat 0.91 kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, di sini, hari.



LEE (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas. FOTO Danial Saad.

Mengulas lanjut, Lee berkata, siasatan mendapati sebahagian dadah yang dirampas dibalut dengan bungkusan pos bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Dadah ini berkemungkinan bukan untuk dipos, tetapi sekadar diletakkan di dalam bungkusan berkenaan ekoran tiada sebarang maklumat pengirim atau penerima pada bungkusan terbabit.

"Tindakan ini hanya dipercayai untuk mengelak perbuatan sindiket dihidu pihak berkuasa," katanya.

Katanya, tujuh daripada lapan suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

"Siasatan juga mendapati sindiket ini mula bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini.

"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 16,075 penagih," katanya.

Kesemua suspek direman selama seminggu sehingga Isnin dan Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Disiarkan pada: Disember 30, 2022 @ 6:10pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list