CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis lupus RM50,000 mesin simulator judi

[Copy link]
Post time 30-12-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Polis lupus RM50,000 mesin simulator judi


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



AGENSI MBPP melupuskan sebanyak 32 buah mesin simulator perjudian barang kes di Padang Kawad Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Georgetown di sini. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, hari ini, melupuskan sebanyak 32 mesin simulator perjudian bernilai RM50,000.

Sejumlah mesin berkenaan adalah berkait dengan kes yang disiasat pada 2017 dan 2018 serta sudah selesai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

"Pelupusan barangan berkenaan membabitkan kes perjudian yang sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

"Kesemua barang kes dilupus mengikut Seksyen 16A Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya pada sidang media di IPD Timur Laut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, pelupusan hari ini juga turut disaksikan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Katanya, sebelum ini proses pelupusan barang kes juga sudah diadakan pada 23 Mac lalu bersama pihak Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Air Itam, di sini.


Disiarkan pada: Disember 30, 2022 @ 12:55pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list