CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

Donnie Yen pikul tiga 'watak' utama

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Donnie Yen pikul tiga 'watak' utama


Donnie Yen


Kuala Lumpur: Bukan hanya pelakon malah bintang antarabangsa, Donnie Yen mengalas tugas besar sebagai seorang Penerbit dan Pengarah bagi menghasilkan filem aksi epik, Sakra.

Teruja menghasilkan filem Sakra supaya menampakkan kualiti dan bermutu, Donnie Yen mengumpul pasukan produksi hebat di mana sebahagian daripada mereka, pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set dan pereka pakaian terbaik, pengarah terbaik serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik.

Mereka yang menyertai produksi filem Sakra antaranya adalah pelakon aksi atlet sukan negara Wu Yue, pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai, pemenang pelakon wanita terbaik anugerah Filem Hong Kong Cya Liu, Cheung Siu Fai dan ramai lagi termasuk penampilan khas, Lui Leung Wai dan Tsui Siu Ming.

Donnie Yen yang terkenal dengan watak Tuan Guru IP Man kini beralih wataknya kepada Tuan Guru Qiao Feng, seorang protagonis utama di alam kehidupan pemerintahan zaman Wuxia.

Dunia Wuxia diciptakan oleh Louis Cha, seorang novelis legenda berbakat yang terkenal dan beliau adalah novelis terbaik yang menerbitkan pelbagai novel Wuxia termasuk siri novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils. Untuk memperkenalkan novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils pada masyarakat dunia, pelakon aksi terkenal Donnie Yen mengambil inisiatif mengadaptasikan novel tersebut ke layar perak dengan memberi tajuk baru Sakra.

Justeru pada 13 dan 14 Januari ini, Donnie Yen dijangka membuat kemunculan di Malaysia untuk mempromosikan filem Sakra bermula dengan Sesi Bertemu Peminat bertempat diLG Oval, 1 Utama Shopping Centre jam 8 malam pada 13 Januari. Diikuti Sesi Bertemu Peminat di Lower Ground Floor, East Court, IOI City Mall, jam 3 petang.

Manakala keesokan harinya berdepan jadual bertemu peminat bertempat di Level 2, Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur, 6.30 petang, selain menghadiri Tayangan Gala di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, jam 7 malam serta Tayangan Khas Peminat di MBO Cinemas Quayside Mall, Kota Kemuning jam 8.30 malam.

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan Donnie selain berpeluang memenangi barangan eksklusif edisi filem Sakra.

Filem Sakra dibawakan oleh Pemilik Hakcipta Wishart Interactive Entertainment Co.,Ltd dan Pengedar Antarabangsa Mandarin Motion Pictures Limited, diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing.

Filem aksi wuxia blokbuster Sakra akan menjengak pawagam pada 16 Januari dengan tayangan awal bermula pada 14 dan 15 Januari ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ul-tiga-watak-utama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049810 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list