CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Perlis] Penunggang parah langgar MPV buat 'u-turn'

[Copy link]
Post time 29-12-2022 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Penunggang parah langgar MPV buat 'u-turn'

oleh   NURUL HIDAYAH HAMID   29 Disember 2022   04:57pm






Seorang lelaki parah selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah MPV dalam kejadian di Jalan Mata Ayer-Jejawi, pada Khamis. - Foto Ihsan PDRM




ARAU - Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Mata Ayer-Jejawi, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, lelaki berusia 30 tahun itu cedera pada bahagian muka dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Mohsin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan motosikal dinaiki mangsa dan sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah Mata Ayer menghala Jejawi.

"Selepas melepasi jejambat di Mata Ayer, pemandu MPV berusia 42 tahun membelok ke sebelah kanan secara tiba-tiba dipercayai untuk membuat pusingan U.

"Ia menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat dan melanggar bahagian sisi kanan hadapan MPV itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, lokasi kejadian merupakan laluan garisan berkembar dan tidak dibenarkan membuat sebarang pusingan U.

Menurutnya, penunggang motosikal cedera parah di bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala pemandu MPV hanya mengalami luka di tangan kiri.

Tambah Ahmad Mohsin, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list