CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 7

[Jenayah] Terpalit kes2 berprofil tinggi seperti Jho Low dan Jho Low 2 @ Teow Wooi Huat, seorang lagi ahli perniagaan Malaysia, John Soh dipenjara 36 tahun di Singapura kerana memanipulasi pasaran saham

  [Copy link]
Post time 29-12-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

John Soh Chee Wen dan Quah Su-Ling  memanipulasi harga saham Kumpulan BAL antara Ogos 2012 dan Oktober 2013.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Malaysia John Soh Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura kerana menjadi dalang bagi salah satu skim manipulasi pasaran saham terbesar republik itu.

Menurut laporan The Straits Times, pengkomplotnya Quah Su-Ling turut dijatuhi hukuman 20 tahun.

Kedua-duanya didapati memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp – secara kolektif dikenali sebagai BAL – antara Ogos 2012 dan Oktober 2013, dan melenyapkan hampir SGD8 bilion (RM27 bilion) dalam permodalan pasaran pada akhir kegiatan mereka.

Kedua-duanya merayu hukuman yang dijatuhkan.

Soh disabitkan atas beberapa tuduhan, termasuk manipulasi pasaran dan perdagangan palsu.

Penjatuhan hukuman ini menjadi penutup hampir 200 hari perbicaran, dengan 349 tuduhan berjaya.

Pendakwa raya memohon hukuman penjara 40 tahun untuk Soh, yang disabitkan atas 180 tuduhan, dan 19 tahun setengah untuk Quah, yang disabitkan atas 169 tuduhan.

Soh, 63, telah direman sejak 2016, manakala Quah, 58, bekas ketua eksekutif Ipco (kini dinamakan semula sebagai Renaissance United), bebas dengan jaminan SGD4 juta (RM13 juta).

The Straits Times sebelum ini melaporkan pihak pendakwaan sebagai berkata, skim Soh melibatkan lebih 50 individu, termasuk ketua pegawai eksekutif dan individu bernilai tinggi.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/28/manipulasi-pasaran-saham-ahli-perniagaan-malaysia-dipenjara-36-tahun-di-singapura/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak.tipu..tak cina la...
Kalau kat mesia agaknya .cmana la.hukuman dia kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, but unfortunately in a negative way...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:15 AM | Show all posts
Highflyer19 replied at 29-12-2022 08:09 AM
Mereka telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, but unfortunately in a nega ...

ape org katabad publicity still a publicity??...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-12-2022 08:15 AM
ape org katabad publicity still a publicity??...

Dap miust be proud...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kita talak tipu maaa...kita pandai meniaga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 01:22 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-12-2022 08:08 AM
Kalau tak.tipu..tak cina la...
Kalau kat mesia agaknya .cmana la.hukuman dia kan..

cuma bezanya di Singapore dah selamat masuk jel, kalau di tanah besar, lagi jangan cakap lah.

di tanah melayu pula macam mana?


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:05 AM | Show all posts
Salah kena hukum ya tak kira bangsa pun, lagi-lagi kes dagangan kewangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.418543 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list