CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Kedah] JPJ Kedah sita van salah guna LKM

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

AMAN Shah (kanan) memeriksa dokumen penunggang motosikal dalam Ops Bersepadu di Kompleks ICQS. FOTO Ihsan JPJ

Bukit Kayu Hitam: Sebuah kenderaan jenis 'window van' disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam kerana disyaki menyalah gunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian bagi tujuan perkhidmatan awam.

Kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu disita dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK): Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac); Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, saman dikeluarkan mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Sebanyak 46 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap 34 daripada 535 kenderaan yang diperiksa.

"Dalam operasi ini, PDRM turut mengeluarkan 10 notis saman manakala AADK mengesan dua pemandu yang disyaki positif bahan terlarang hasil dari saingan awal ujian air kencing yang dijalankan.

"Selain itu, Motac turut mengeluarkan tujuh saman bagi kes berkaitan pelancongan dalam operasi ini," katanya di sini hari ini.

Aman Shah berkata, operasi seperti ini akan dilakukan secara berkala selain mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -van-salah-guna-lkm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.337771 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list