CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Pulau Pinang] Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang dilanjut

[Copy link]
Post time 28-12-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang dilanjut

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   28 Disember 2022    02:34pm






Kon Yeow




GEORGETOWN - Program publisiti dan penyertaan awam terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (pulau) 2030 telah dijalankan mengikut proses undang-undang yang ditetapkan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tempoh semakan draf juga telah dilanjutkan bagi memberi ruang kepada mereka yang berminat untuk mengenainya pelan rancangan tempatan untuk bahagian pulau itu.

Menurutnya, selain lanjutan tempoh semakan, draf tersebut juga boleh disemak melalui dalam talian yang mana, ia lebih memudahkan orang awam untuk mengaksesnya.

"Kita percaya, dengan lanjutan tempoh ini, ia akan memberi ruang kepada pemegang taruh yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkenaan draf tersebut. Tambahan pula, ia boleh diakses secara dalam talian.

"Mereka yang berminat boleh memberi komen terhadap (mungkin) membawa kesan kepada hartanah mereka setelag rancangan tempatan ini melalui proses undang-undang untuk dijadikan rancangan tempatan bagi kawasan pulau," katanya pada sidang akhbar di Komtar pada Rabu.

Sebelum itu, Parti Gerakan Rakyat Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya menambah baik dalam mendapatkan maklum balas awam berhubung program publisiti dan penyertaan awam terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (pulau) 2030.

Perkara itu dibangkitkan Jurucakap Pemuda Gerakan Rakyat Pulau Pinang, Tan Zhen Zune yang turut menggesa kerajaan negeri mengemukakan bilangan responden dan pekerjaan mereka yang telah menyertai program publisiti tersebut.

Menurutnya, perkara itu perlu bagi menunjukkan ketelusan dan penghormatan Kerajaan Pulau Pinang terhadap rakyat selain memastikan Rancangan Tempatan Pulau Pinang (pulau) 2030 adalah rancangan yang betul-betul milik rakyat serta memanfaatkan rakyat di negeri ini.




Dalam pada itu, Kon Yeow menambah, proses semakan tersebut akan diikuti dengan sesi pendengaran awam bagi responden mengemukakan pandangan mereka secara bersemuka.

"Pihak Majlis akan menghantar notis kepada mereka yang berminat untuk menyertai sesi pendengaran awam. Dalam sesi ini, mereka yang hadir boleh mengemukakan pandangan, cadangan atau bantahan terhadap pelan rancangan tempatan ini, secara bersemuka.

"Saya percaya, sebelum ini, pihak Majlis pernah mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan tertentu untuk menerangkan bahagian-bahagian yang mungkin membawa perubahan kepada kegunaan tanah-tanah di bahagian pulau.

"Mengenai jumlah responden yang sudah memberi maklum balas, saya tiada data tersebut, namun pihak Majlis ada," tambah beliau.

Beliau berkata lagi, semua pihak boleh tampil untuk memberi cadangan atau bantahan terhadap draf rancangan tempatan tersebut.

"Kita tiada halangan kepada mereka yang ingin tampil ke hadapan untuk kemukakan bantahan atau sokongan. Draf rancangan tempatan ini pun sudah ambil masa yang begitu panjang untuk sampai ke peringkat ini dan ia perlu diteruskan mengikut undang-undang.

"Proses ini masih berjalan dan mereka yang berminat untuk bersemuka, pihak Majlis akan menghantar notis kepada mereka untuk menyertai sesi pendengaran awam nanti," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.132048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list