CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Pulau Pinang] 150,000 Pas Mutiara disediakan pada 2023

[Copy link]
Post time 28-12-2022 01:14 PM | Show all posts |Read mode
150,000 Pas Mutiara disediakan pada 2023

oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   28 Disember 2022     12:48pm






Sebanyak 150,000 pas percuma disediakan kepada rakyat Pulau Pinang pada tahun hadapan.




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bersetuju untuk meneruskan lagi pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 150,000 pas pada tahun depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, usaha itu diteruskan selepas ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, perkhidmatan bas Rapid Penang adalah percuma di seluruh Pulau Pinang pada tahun hadapan dengan penggunaan Pas Mutiara.

"Kerajaan Negeri mula menaja Pas Perjalanan Tanpa Had atau lebih dikenali sebagai Pas Mutiara sejak 1 Mac tahun lalu dengan menyediakan 100,000 pas melibatkan peruntukkan sebanyak RM3 juta. Tajaan ini diteruskan pula pada tahun ini dengan perbelanjaan sebanyak RM4.5 juta untuk 90,000 pas.

"Bagaimanapun, setelah mendapat maklum balas jumlah pembelian kad Pas Mutiara dan bilangan penumpang yang meningkat setiap bulan, kita telah menambah pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 30,000 pas, menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan Pas Mutiara pada tahun ini adalah 120,000 dengan jumlah subsidi RM6 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata beliau, penggunaan Pas Mutiara semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan, jumlah pembelian kad Pas Mutiara kian meningkat dan bilangan penumpang juga menunjukkan peningkatan setiap bulan.

"Peralihan ke fasa endemik, semua aktiviti ekonomi dan industri beroperasi sepenuhnya telah memberi impak positif dalam penggunaan pengangkutan awam.

"Kerajaan negeri percaya pembiayaan subsidi ini mampu menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan berbanding kenderaan persendirian.




"Secara tidak langsung, dengan subsidi langganan Pas Mutiara My50 ini juga, pengguna bakal meraih penjimatan kos seperti petrol, parkir dan tol yang jauh lebih tinggi setiap bulan," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062121 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list