CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Kedah] Rezeki jual nasi lemak RM1 sebungkus

[Copy link]
Post time 27-12-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode

AZIZAN menunjukkan nasi lemak yang dijual pada harga RM1 ketika ditemui di Kampung Ruat, Yan baru-baru ini.


YAN – Seorang peniaga warga emas masih menjual nasi lemak RM1 sebungkus dan sanggup mengambil untung yang sedikit demi menjaga hati pelanggan walaupun terpaksa berdepan de­ngan lonjakan harga barang mentah ketika ini.

Azizan Mat Said, 65, berkata, dia tidak tergamak untuk menaikkan harga walaupun nasi lemaknya mengandungi bahan yang sepatutnya ada untuk satu hidangan seperti telur, ikan bilis, kacang tanah, timun dan sambal.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk menaikkan harga ­walaupun keuntungan yang diperoleh kini tidak seberapa.

“Semua barang sudah mahal se­perti ikan bilis, ikan temenung, telur dan ayam tetapi saya tak sanggup nak naikkan harga.

“Saya sudah biasa jual pada harga ini dan kebanyakan pe­langgan adalah orang kampung,” katanya yang sudah berniaga sejak enam tahun lalu bersama isteri­nya, Fatimah Ayob, 61, di Kampung Ruat di sini.

Menurut bekas pemandu teksi itu, selain nasi lemak, dia turut menjual pelbagai hidangan bergoreng yang boleh menampung kos perniagaan.

Tambahnya, dia menjual sehingga 400 bungkus nasi lemak setiap hari selain menerima tempahan untuk majlis.

“Nasi lemak yang saya jual ada enam jenis lauk seperti bilis telur, ikan selayang, ikan tamban, ikan temenung, ikan talang masin dan ayam.

“Semuanya dibungkus de­ngan daun pisang,” katanya yang hanya berniaga selama dua jam bermula pukul 4 petang. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... emak-rm1-sebungkus/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.180171 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list