CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3979|Reply: 39

[Tempatan] PM arah DBKL cantikkan ibu negara, akan berjayakah?

[Copy link]
Post time 26-12-2022 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-12-2022 12:57 PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung tempoh selama tiga bulan untuk mengemukakan pelan baharu untuk mencantikkan ibu negara.

Peringatan itu ditekankan Perdana Menteri sekali lagi melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Anwar, pelan baharu tersebut perlu turut mengambil kira sama hak dan keselesaan penjaja dan peniaga kecil untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

“Tempoh hari saat ketemu pihak DBKL, saya telah menyebut bahawa kemudahan dan keselesaan buat penjaja dan peniaga kecil mesti dipertingkatkan.

“Saya telah memberi tempoh selama tiga bulan kepada pihak Bandaraya untuk kemukakan rencana baharu untuk mengindahkan kota kita sambil tidak dikesampingkan hak dan keselesaan mereka untuk berniaga,” katanya.

Khamis lepas, media melaporkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL di Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur.

Ia sekali gus menjadi lawatan kerja pertama Anwar ke ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/pm-ingatkan-dbkl-tempoh-3-bulan-kemuka-pelan-cantikkan-ibu-negara/


Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 70 Users voted

Poll is finished

17.44% (49)
7.12% (20)
3.56% (10)
9.61% (27)
3.91% (11)
6.05% (17)
8.54% (24)
8.54% (24)
17.08% (48)
14.23% (40)
3.91% (11)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong lawat wangsa maju taman melati & sri rampai.. semak & sesak sangat dengan penjaja.. boleh amik contoh shah alam & bb bangi.. rapi & tersusun township nya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah duit bazir beli pokok hiasan ni pun dah berapa habis landscape tak sustainable semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 10:08 PM | Show all posts
landskap mana2 PBT pun sentiasa berubah
ada je idea2 baru
yg bestnya mcm2 la pokok baru ditanam
masing2 ada alasan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam rumput vetiver je
Untuk ikat tanah

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak indahkan kl?
Get rid
1.  kereta buruk yg tersadai kat parking awam,
2  gerai2 rebeh, payung bangku yg terselit celah2 pokok
3. Iklan2 banner2 haram

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti akak katakan..selagi org2 ats takde visi nk jadikan KL cam Spore.. Sydney selagi tu tak kemana pelan apapun. Enforcement dengan semua jabatan kerajaan kena ada dek. Selagi ada rasuah.. mat Bangla..Myanmar..Indon pun boleh bukak gerai kerja selamber rock kt negara x bayor cukai seolah-olah negara ni cam takde labour law tak wujod pun dek
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu jalanraya tu banyak potholes...sila cantikkan jalanraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing dan pelarian ramai sgt meminta sedekah.. sskit mata nengoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerbumpy at 26-12-2022 11:29 PM

Setakat cosmetic make up utk mencantikkheun bandaraya sedangkheun masalah sebenar adaler perangai serta sikap hanat rakyat iteww sendiri secara collectivenya.....kita, nama je negara yg  majority penduduknya penganut islam...tapi pangai macam hanat.....teda nilai ownership dlm diri pada negara sendiri.....pengotor nak mamps antara lain....kata anak jiran aku yang 3 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:12 AM | Show all posts
denda buang sampah merata2
dengan tegas
macam singapore tu
ini perlu
rakyat sendiri harus dididik
lepas tu tolong la lori sampah tu jaga juga kebersihan
air sampah menitik2..bau busuk tok sah cakap
respect pekerja yang boleh naik lori sampah tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cntikkn jln raya dulu jln brlubong sana sini tar jln tu beli longgokl ke?,ari ni buat seminggu dh brlubong blk lepas tu baru kasi cntik KL ni tgk  jakarta skrng bkn main cantik dh dkt sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 07:18 AM | Show all posts
please la halau org meniaga atas jalanraya tu...bukan setakat semak tp bahaya okeh..
ko dah mampu berkereta hilux bagai..x kan x mampu nk sewa kedai hanat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 07:44 AM | Show all posts
tangkap warga asing tanpa izin tu boleh x....drp segala hal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pati bersih kan dulu laaaa.
Bukan takat KL je...Putrajaya ada setengah signboard dah lusuh berkarat
Belakang Kementerian Wilayah dahlah tempat duduk buat dari kayu...kopak sana-sini, nampak sgt Kementerian pun tak reti nak pantau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila buat laluan pejalan kaki berbumbung,disitulah nanti orang parking motosikal,berniaga dan mengemis. Sebab itu kita boleh ada nice things. Kerana mentaliti masih lagi mundur. Kat tengah-tengah KL ni patut ada satu dataran kosong yang luas bagi orang berniaga dan buat aktiviti. Sebelah itu pulak buat taman luas mcm central park. Tetapi sudah tentu tak boleh buat sebab poor planning sejak merdeka dulu. Nampak tanah kosong aje bina bangunan tinggi sebab itu lebih untung. Maka orang berniaga la di kaki lima jalan dan lorong sempit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 08:44 AM | Show all posts
tolong la trim sekali pokok2 tu.. and kalau kat simpang ke mana.. elakkan la tanam pokok yg halang penglihatan ye..

kadang tu nak tengok kereta pun payah sbb pi tanam pokok.. tanam pokok ground covering je udah ukt tepi2 jalan tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 08:53 AM | Show all posts
actually datuk bandar kan dh ada
bila pm masuk campur
maknanya ape dek....


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:01 AM | Show all posts
bagus inisiatif ni. baiki jalan dan pavement tu. berlubang dan akar kayu sana sini.  nak lawan indon ke guane?  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.765101 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list