CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bersihkan medan dakwah daripada elemen negatif - Wan Salim

[Copy link]
Post time 26-12-2022 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Bersihkan medan dakwah daripada elemen negatif - Wan Salim

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  26 Disember 2022    04:03pm






Wan Salim




GEORGETOWN - Pihak berkuasa di peringkat pusat dan negeri dinasihatkan supaya membersihkan medan dakwah daripada elemen-elemen negatif dengan memperketatkan syarat-syarat pentauliahan mengajar agama dan dakwah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, selain itu, pihak berkuasa juga digesa supaya sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka yang sudah ditauliahkan.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati menyampaikan kuliah atau ajaran yang mengelirukan atau menghasut masyarakat kepada perpecahan perlu dihalang.

Pihak berkuasa perlu memantau sekiranya ada pihak yang menyampaikan kuliah atau ajaran yang mendorong kepada kebencian dan permusuhan, mereka ini perlu dihalang daripada berceramah atau mengajar kepada khalayak melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

"Sudah sampai masanya pihak kerajaan bertegas dalam aspek ini demi membersihkan medan dakwah Islamiah daripada 'sampah sarap' yang mencemarinya. Ini juga bertujuan untuk memelihara imej agama Islam sebagai pembawa misi rahmat untuk semesta alam," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama mengundang pelbagai reaksi warganet.

Susulan daripada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menasihatkan pasangan tersebut agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Dalam pada itu, Wan Salim menambah, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri wajar menegur mana-mana individu yang didapati mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat terhadap ajaran-ajaran agama Islam.




"Adalah menyedihkan apabila mendapati medan dakwah di negara ini dicemari oleh pelbagai jenis dan ragam manusia.

"Sesetengah mereka tiada kelayakan daripada sudut ilmu dan uslub berdakwah. Akibatnya, bukan sahaja dakwah yang disampaikan tidak berhasil mendekatkan golongan sasaran kepada ajaran-ajaran Islam, malah memaparkan gambaran dan imej negatif terhadap ajaran-ajaran tersebut.

"Seperti di dalam bidang-bidang lain, hanya mereka yang berkelayakan sahaja yang boleh bercakap tentangnya. Contohnya, hanya ahli ekonomi yang berhak bercakap dan memberi pandangan tentang hal ehwal ekonomi. Sama juga dengan pakar perubatan. Tetapi, mengapa dalam lapangan dakwah kita boleh membenarkan mereka yang tiada kelayakan bercakap mengenainya?" katanya.

Susulan daripada itu, beliau meminta pihak berkuasa menyaring secara teliti setiap individu yang melibatkan diri di dalam bidang dakwah.

"Di samping keperluan kepada ilmu tentang uslub dakwah, seseorang pendakwah juga dituntut menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik. Seorang yang kasar tingkah lakunya, celupar kata bicaranya perlu dihalang daripada berkecimpung di dalam bidang dakwah.

"Kelakuan sedemikian tidak harus wujud dalam diri seorang pendakwah kerana ia adalah perangai seorang tidak berakhlak," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list