CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

Lee Seung Gi dakwa syarikat pengurusan pecah amanah

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Lee Seung Gi buka kertas laporan terhadap Hook Entertainment.

KEMELUT antara Lee Seung Gi dengan syarikat pengurusan Hook Entertainment semakin berlarutan apabila penyanyi dan pelakon itu mengambil keputusan mengemukakan aduan di mahkamah atas dakwaan penyelewengan dan penipuan.

Fail dakwaan terhadap kes tersebut telah dibuat di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul pada 22 Disember terhadap pengarah dan bekas pengarah syarikat berkenaan.

Menerusi kenyataan wakil peguam Lee Seung Gi, tindakan tersebut bukan sahaja kerana mereka gagal menjelaskan wang keuntungan hasil jualan muzik selama 18 tahun, malah Hook Entertainment juga dikatakan menyeleweng wang diperoleh menerusi kerja-kerja sebagai model iklan.


“Lee Seung Gi juga mendapat tahu bahawa mereka tidak membayar untuk tersebut. Dianggarkan hampir 10 peratus wang tersebut sepatutnya dibayar kepadanya atas tujuan komisen.

“Namun mereka menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu Hook Entertainment telah membayar wang sejumlah 5.4 bilion won (RM18 juta) selepas Lee Seung Gi mendedahkan penipuan yang berlaku sepanjang dia di bawah pengurusan syarikat itu sebelum ini.

Bagaimanapun pelakon drama My Girlfriend is a Guminho ini telah menyalurkan wang tersebut kepada badan kebajikan.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... urusan-pecah-amanah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.458321 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list