CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Kedah] 'Keadaan laut sangat pelik'

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode

musnah dihentam ombak tsunami pada 26 Disember 2004 di Kota Kuala Muda. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Kuala Muda: Biarpun sudah 18 tahun berlalu, namun kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 masih tetap segar dalam ingatan penduduk sekitar Kota Kuala Muda.

Rata-rata penduduk masih tidak dapat melupakan bencana yang masih berbekas di jiwa mereka apabila 10 nyawa terkorban, selain banyak rumah yang musnah.

Mengimbau kejadian itu semula, Idris Husin, 68, berkata, sebelum ombak besar melanda, dia bersama isteri dan anaknya berada di persisiran pantai kerana sedang berkelah.


Katanya, sebelum gulungan ombak setinggi kira-kira 3.9 meter membadai daratan, dia melihat berlaku kejadian pelik apabila air surut sehingga menampakkan pasir pantai sejauh hampir satu kilometer.

"Saya mula rasa pelik dan berasa akan berlaku kejadian tidak baik apabila melihat kedudukan rumah api di tengah laut menjadi seakan pantai.

"Selepas itu keluarga mengajak saya makan, tetapi saya tak mahu sebab keadaan laut sangat pelik. Ketika itu saya terus melaungkan azan dan saat itu ombak tinggi bergulung mula membadai.

"Kami anak beranak lari dalam ketakutan, semua makanan habis dihempas ombak, perasaan ketika itu Allah sahaja tahu. Alhamdulillah saya dan keluarga selamat, namun rumah kami berdekatan pantai mengalami kerosakan," katanya yang kini menjadi bilal di masjid kawasan berkenaan.

Idris yang mesra dipanggil Pak Ngah berkata, kesan kejadian itu membuatkan dia dan keluarga kini membuat persediaan awal menyimpan dokumen penting seperti sijil kelahiran, geran tanah, sijil dan barangan berharga lain di dalam satu beg.

Katanya, sekiranya berlaku tsunami sekali lagi selepas ini, dia akan membawa beg itu bersama bagi mengelak kejadian sebelum ini berlaku apabila segala dokumen itu musnah dibawa ombak deras.

Turut berkongsi pengalaman mengerikan itu, Che Man Ahmad, 64, yang ketika itu baharu selesai menghadiri majlis perkahwinan di kampung berkenaan.

Katanya, selepas hentaman pertama ombak setinggi pokok kelapa itu melanda, berlaku gelombang kedua, namun dia sempat memanjat pokok mangga untuk menyelamatkan diri.

"Apabila gelombang pertama surut, saya cuba balik ke kampung, tetapi tidak lama kemudian berlaku gelombang kedua yang lebih teruk apabila banyak rumah penduduk musnah sehingga saya terpaksa memanjat pokok mangga.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas, seperti mimpi ngeri, saya pun tak tahu macam mana boleh panjat pokok mangga sehingga ke atas dengan cepat," katanya.

Sebagai langkah keselamatan, kini Kota Kuala Muda dipasang siren amaran tsunami berikutan kedudukan geografi kawasan itu berdekatan Sumatera Barat yang menjadi lokasi aktif gempa bumi dan berisiko berlaku tsunami.

Tinjauan mendapati kebanyakan penduduk yang menjadi mangsa tsunami mendirikan rumah lebih jauh dari pesisir pantai dan hanya segelintir masih tinggal di tapak asal kerana tidak mahu berpindah.

Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami dikelilingi pagar dibina khas dan dijadikan Muzium Tsunami Kota Kuala Muda.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-laut-sangat-pelik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 1.131703 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list