CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permit bazar Ramadan MBPP dibuka

[Copy link]
Post time 26-12-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Permit bazar Ramadan MBPP dibuka

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 26, 2022 @ 12:37pm    bhnews@bh.com.my




Foto hiasan - FAIL NSTP




GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan kepada individu yang berminat mendapatkan Permit Sementara Bermusim bagi bazar Ramadan 2023.

Permohonan dibuka mulai 22 Disember lalu sehingga 20 Februari tahun depan.

Ahli MBPP, Ahmad Azrizal Tahir, berkata permohonan boleh dibuat menerusi portal https://elesen.mbpp.gov.my dan pemohon diminta mengemukakan dokumen lengkap bagi memudahkannya diproses.

"Perkara penting ketika mengemukakan permohonan ialah nombor telefon atau emel bagi memudahkan pihak MBPP menghubungi individu berkenaan.

"Pemohon juga perlu mematuhi syarat mengenai saiz gerai mengikut kelulusan MBPP, mendapatkan suntikan tifoid sah tempoh bagi jualan makanan dan warga asing tidak dibenar memohon atau mengurus jualan," katanya.

Syarat lain ialah peniaga perlu menyediakan tong sampah bertutup yang bersesuaian saiz, perlu memakai apron, topi dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan, tidak menggunakan bekas polisterin tidak dibenarkan dan dilarang meletakkan barang jualan di sesiaran kaki gerai.

Ahmad Azrizal berkata, jualan mercun dan bunga api tidak dibenarkan bagi permohonan permit itu.

"Peniaga disaran menggunakan transaksi tanpa tunai dan membawa bekas sendiri (BYOC) dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang beroperasi tanpa kelulusan pihak MBPP," katanya








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list