CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Terengganu] Sebak lihat rumah seperti tongkang pecah

[Copy link]
Post time 25-12-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Anuar membersihkan rumah yang dimasuki air di Perumahan PPRT Kampung Baru Kanan, Kemasik. FOTO Zaid Salim

Kemaman: "Sedih tengok keadaan dalam rumah berselerak macam tongkang pecah, barangan juga banyak yang rosak ditenggelami air," kata Faidal Ahkema Muhamad, 63, mangsa banjir di Perumahan PPRT Kampung Baru Kanan, Kemasik, di sini.

Dia yang dia tinggal bersama suami, Md Ariffin Muda, 73, tujuh anak dan lima cucu berkata, mereka hanya memiliki beberapa helai pakaian manakala semua barangan elektrik serta perabot rosak.

"Ketika keluar rumah jam 6 pagi Jumaat lalu, kami anak-beranak tidak sempat memindahkan barangan ke tempat tinggi kerana air naik dengan cepat.


"Ketika itu kami hanya fikir untuk selamat diri saja dan sempat membawa beberapa helai pakaian ke PPS," katanya ditemui di kediamannya, petang semalam.

Katanya, dia pulang ke rumah 9 pagi selepas air mulai surut dan sebak melihat keadaan dalam rumahnya seperti tongkang pecah sebelum mengemas dan membersihkan lumpur yang memenuhi setiap ruang.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Anuar Shamsuddin, 42, berkata, banjir teruk yang melanda kawasan berkenaan menyebabkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila lebih 80 peratus barangan rosak.

"Boleh dikatakan penduduk di sini sudah membuat persediaan dengan memindahkan barangan seperti televisyen, peti sejuk dan almari pakaian di tempat tinggi.

"Persediaan yang dibuat itu berdasarkan banjir sebelum ini di mana paras air dalam rumah hanya setinggi paras lutut.

"Kami memang tidak menjangka banjir kali ini paras air dalam rumah setinggi dada orang dewasa menyebabkan barangan yang diletakkan di tempat tinggi tenggelam," katanya.

Dia berkata, kali terakhir banjir teruk di kawasan perumahan itu berlaku pada 2014 lalu dan selepas itu setiap kali banjir paras air dalam rumah tidak melebihi paras lutut.

Muhammad Anuar berkata, banjir di kawasan berkenaan berpunca daripada limpahan air parit dan air bukit berhampiran berikutan hujan lebat berterusan.

"Di sini terdapat sebanyak 18 unit rumah membabitkan lebih 100 keluarga dan semua rumah terbabit ditenggelami banjir sehingga mencecah hampir dua meter," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erti-tongkang-pecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 1.040679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list