CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Perlis] Terima kasih Jonny

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Shahril melayan Jonny. (kanan) Jonny. FOTO IHSAN PEMBACA

Bukit Kayu Hitam: Istimewanya Jonny, ia seolah-olah menjadi sukarelawan 'mengawal' Balai Polis Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini supaya tidak diganggu oleh anjing liar lain.

Jonny turut 'bertugas' di pos kawalan itu dan antara tugas khasnya adalah mengiringi orang awam lain yang berjalan kaki supaya tidak diganggu anjing lain malah ia turut mengejar dan menyalak kenderaan yang tidak berhenti di sekatan jalan raya.

Jonny dijaga oleh anggota polis, Mohd Shahril Mohd Noor yang bertugas di balai itu sejak lima bulan lalu bersama rakannya Mohamad Redzuan Sahat.


Kisah Mohd Shahril bersama Jonny itu mendapat perhatian warganet selepas video aktiviti harian mereka dimuat naik di TikTok miliknya.

Menurutnya, Jonny adalah haiwan jalanan dan sudah berada di balai itu sejak kecil selepas kematian ibunya.

"Sebelum ini ia dijaga oleh seorang anggota tentera namun selepas dia bertukar ke Sabah, kami (anggota polis) dan tentera lain bersama-sama menjaga kebajikan Jonny.

"Haiwan jalanan juga layak diberi perhatian dan kami jaga Jonny atas ihsan sesama makhluk Allah SWT," katanya.

Mohd Shahril berkata, Jonny adalah anjing yang baik dan patuh serta menjaga kawasan sekitar pos kawalan seperti anjing liar lain tidak boleh menghampiri atau lalu di kawasan itu.

"Setiap jam 12.01 tengah malam pintu sempadan akan ditutup, Jonny akan ikut anggota untuk buat kawalan serta menutup pintu sempadan.

"Jonny istimewa kerana ia bijak dan kalau kita bercakap ia seperti faham. Kalau kita marah, ia akan merajuk, buat tak tahu dan berjalan pergi. Apabila dipanggil ia akan buat tak dengar.

"Ia boleh dikira sebagai sukarelawan, selalu ada dengan kami dan banyak membantu kami di sini," katanya.

Menurut Mohd Shahril, dia berkongsi video di TikTok kerana mahu orang tahu bahawa haiwan juga pandai berkerja dan layak disantuni.

"Kebetulan saya pencinta haiwan dan tidak kira kucing, burung atau anjing, malah dalam raga motosikal atau kereta mesti ada makanan kucing untuk kucing jalanan, kerana rezeki yang kita dapat ada juga rezeki untuk mereka.

"Saya juga berterima kasih kepada yang komen positif dan menyumbang makanan kepada Jonny. Saya percaya kalau Jonny boleh bercakap, dia akan berterima kasih kepada insan bermurah hati itu, katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /terima-kasih-jonny

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 1.134211 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list