CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4676|Reply: 37

Wanita Cuak 'Kebocoran', Tapi Suami Tak Marah Pun Siap Tolong Cuci Cadar & Tilam!

  [Copy link]
Post time 24-12-2022 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Rata-rata wanita pasti pernah mengalami 'kebocoran' darah haid semasa tidur sepanjang tempoh menstruasi.


Bayangkan jika ia berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin, adakah suami dapat menerimanya apabila melihat tompokan darah di cadar dan tilam.




Gambar hiasan




Pelbagai persepsi sering diperkatakan tentang darah haid dan segelintir lelaki berasa geli berdepan situasi itu.


Ciapan seorang wanita di Twitter mencetus perdebatan dalam kalangan netizen walaupun segelintir mencemburuinya.


Berdasarkan ciapan itu, suaminya bukan sahaja tidak berasa geli dengan tompokan darah haid, malah membantu mencuci kesan pada cadar dan tilam.








Mengakui rasa takut dimarah kerana insiden yang tidak disangka itu, wanita bernama Ainul itu akhirnya menarik nafas lega kerana suaminya memahami.


Menurut Ainul, sebelum ini dia pernah melihat video seorang suami memarahi isteri hanya kerana darah haid terkena pada tilam.


Namun, dia menyatakan bahawa situasi tersebut sememangnya tidak dapat dikawal.








Dengan 'perkembangan' positif yang ditunjukkan suaminya, dia juga berharap persediaan boleh dilakukan jika dia melahirkan anak suatu hari nanti.


Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 5,000 pelayar Twitter selain turut dikongsi menerusi pelbagai platform media sosial.


Menyedari terdapat reaksi negatif daripada warganet seperti "Itu pun nak cerita kat public? Ramai lagi suami kat luar yang peluk isteri semasa isteri cirit atas tilam... tak bising pun', Ainul kemudian menjelaskan bahawa pemikiran setiap individu addalah berbeza dan perkongsiannya bertujuan untuk membantu mereka yang trauma dengan perkahwinan.


"Maaf pada yang bitter dengan tweet ni, tak apa mindset kita mesti berbeza. Hanya berkongsi cerita saya, jadi kalau ada orang lain yang trauma tentang perkahwinan atau tak percaya perkahwinan (seperti saya sebelum ini), boleh dapat sikit motivasi. Hidup berkahwin itu banyak yang indah daripada pahit," tambahnya.








Rata-rata warganet turut berkongsi kaedah bagi mengelakkan darah haid yang bocor mengenai tilam.


Dalam pada itu, beberapa pelayar wanita juga berkongsikan pengalaman memiliki suami yang memahami terutama ketika berada dalam tempoh hamil.


Pada masa sama, perkongsian Ainul turut dicemburui segelintir pelayar yang masih bujang dan berharap dikurniakan suami yang memahami seperti itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahi
(dilemparrr)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
halah halah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 24-12-2022 03:25 PM

ooo yeke jap.



(siaper pernah tgk sidang media mendidih? ha gitulah)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bodownya ainul nunanana ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo...ye ke begitu ceritanyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2022 09:30 PM | Show all posts
Jejantz mmg eksen2 geli kat period blood tpi nnti nak hamput prmpuan, tmpat tu jugak yg d toron.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
untung la ada laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca line pertama je aku dah menguap. Try harder ya bitch. Kau pakai pad murahan, patut lah tembus. Jgn kedekut pad, nanti po'en busuk. Kang laki kau yg hebattttttt sangattt tu, lari pegi carik po'en berdarah yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:48 PM | Show all posts
eh bodoh..

kbye
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm too much information. but then again, mungkin as preparation utk bakal2 suami di luar sana get the idea yg period is part of a woman. ada lg lelaki yg besaq panjang pun tgk logo pad pun geli semacam n jijik ja. termasuk yg ada bini. tak tau la kalau jalan kat aisle di supermarket tetiba terjumpa stacks of pads maybe pengsan teruih. satu lg period setiap wanita juga berlainan x sama. xleh nk banding2. ada yg bila period pun boleh siap pi hiking, pi gym n buat aktiviti lasak. ada perempuan bila period terus kejung ja sambil bergulin2 tahan sakit takleh nk bergerak langsung. nk pi toilet pun kena bantuan org. so yes.. ready la semua ni sbelm nk berkawin kena la ambik tau sikit pasai period apa ni bukan duk ambik tau hat malam pertama ja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 10:45 AM | Show all posts
Ko simpan sendiri la info2 camni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-12-2022 03:16 PM
Tahi
(dilemparrr)

Jom lempar tahi berjemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah. Baru kawin ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:47 PM | Show all posts
Nak marah kenapa pula
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer dlm kelambu mcm ni pun nk share satu dunia. Hello, ko ingat laki ko sorg ke mcm tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2022 12:29 PM | Show all posts
tak pakai pad extra night long wing extra 2 layer jumbo size 48cm ke sampai leak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 01:02 PM | Show all posts
cerita pasal pad and period ni kan, iosl teringat dulu sorg ex bf i. dia ckp keluar skejap je skali rupanya berejam2 kena keluar dgn dia, pastu iols ckp la iols nak gi watson nak beli pad. heshe pon dengan gentleman bgtau, its alright babe, i gi belikan. pastu mula lah conversation;

bf: u pakai kotex brand apa.
i: whisper
bf: *sambil muka tak puas hati* napa u tak pakai brand wing?? buat malu i je. *sambil heshe bebel2 sendiri, terus berlalu pergi masuk watson*
i: ........ *otak jam 2 sec*

lepas 10min heshe pon keluar bawa pad.

bf: nah, i beli brand wing.

dengan bangga heshe bg tau gf i kena la pakai brand wing, baru la bagus bla bla bla.
i pon curious apa yg si jantan ni dok sembang brand wing brand wing, i tgk la pad apa dia beli, rupanya dia beli pad brand kotex, jenis wing. hanat betul.

so bold... so confident yet so wrong....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de benda lain yg lebih berfaedah ke bak tweet budak2 skrg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lailahaillolohhhh benda gini pun budak sekarang nak humble brag ya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.221825 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list