View: 1537|Reply: 5
|
Menari malas, Jang Won-young dikritik
[Copy link]
|
|
JANG WON-YOUNG
Menari malas, Jang Won-young dikritik
ADA sahaja yang tidak kena tentang perbuatan penyanyi Jang Won-young pada mata netizen, meskipun perkara tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan.
Baru-baru ini, nama Won-young sekali lagi memanas apabila netizen mendakwa dia sengaja menari malas dan tidak memberikan 100 peratus persembahan terbaik pada acara KBS Song Festival 2022.
Dakwaan tersebut juga muncul dengan telahan netizen yang menuduh dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu keadaan rambutnya menjadi serabai memandangkan dia merupakan hos pada acara berkenaan.
Dalam internet, berlegar beberapa potongan video memaparkan persembahan kumpulan IVE ketika menyampaikan dua buah lagu popular mereka, Love Dive dan After Like.
Netizen kemudiannya mendapati, hanya Won-young yang tidak bersungguh-sungguh ketika menari apabila tidak mengikut koreografi sebenar ketika mereka sepatutnya memusingkan kepala.
Biarpun dikritik bersikap bermalas-malasan di atas pentas, terdapat juga peminat setianya yang tampil mempertahankan Won-young.
Tegas mereka, pembenci sengaja menimbulkan isu kerana sedar nama Won-young sangat popular dalam carian internet
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... won-young-dikritik/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jennie pun pernah kena kritik malas menari |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu jenny BP pun teruk kena kritik |
|
|
|
|
|
|
|
ye sheols memang pemalas, tapi takde la level jennie. Sebab dia kan budak baru, so macam malas2 manjah gituh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah tak suka menari pemalas buat endah tak endah
dah kenapa sibuk nak jadi penyanyi
elok spesis gini jadi penari tiang jelah
setakat goyang bontot atas bwah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Mula sheols masa dalam izone beza sungguh dgn sekarang. Tp dia ni kan manjah manjah cara makan pun manjah. ramai fans dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|