CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perumahan Wakaf Mutiaraku jadi model pembangunan hartanah Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-12-2022 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Perumahan Wakaf Mutiaraku jadi model pembangunan hartanah Pulau Pinang


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TUN Ahmad Fuzi menandatangani plak peletakan batu asas pembangunan projek wakaf. FOTO Ihsan WPP.




Balik Pulau: Wakaf Pulau Pinang (WPP) yang juga agensi milik penuh (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bakal melaksana Projek Pembangunan Fasa 2 yang dikenali sebagai 'Perumahan Wakaf Mutiaraku' membabitkan pangsapuri jenis rumah mampu milik di Lot 247 Jalan Sungai Nipah, Pulau Betong di sini.

Pembinaan pangsapuri yang merangkumi 1,088 unit rumah dan 74 lot komersial serta kemudahan lain itu dijangka bermula pada Julai 2023 dengan anggaran masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif WPP Rosidi Hussain berkata, projek hasil kerjasama pintar WPP bersama Rekabina Jaya Sdn Bhd itu membabitkan kos berjumlah RM426 juta dan menjadi kesinambungan daripada kejayaan pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Mashoor Fasa 1.

Ia menjadikan keseluruhan pembangunan Wakaf Al-Mashoor sebagai teras model pembangunan hartanah wakaf di negeri Pulau Pinang yang meliputi semua aspek termasuk pendidikan, perumahan dan komersial bagi membentuk bandar berdaya huni dengan penerapan nilai lestari.

"Ia juga akan beri pulangan jangka panjang berterusan kepada MAINPP seperti pembinaan dewan pelbagai guna, astaka, kemudahan bagi Kompleks Sukan dan Rekreasi Al-Mashoor dan lain-lain.

"Turut dibina ialah padang futsal, dewan makan atau kafetaria, naik taraf surau atau Pusat Islam dan 10 unit pangsapuri seluas 78.9 meter persegi (850 kaki persegi) yang disumbang kepada pihak MAINPP," katanya di Majlis Peletakan Batu Asas Pembangunan Wakaf Al-Mashoor Al-Islami Fasa 2 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rosidi berkata, inisiatif pembangunan projek Wakaf Al-Mashoor Al-Islami Fasa 2 itu kelak turut fokus kepada pertumbuhan ekonomi, kebajikan komuniti setempat selain mewujudkan peluang pekerjaan serta menarik pelaburan baharu menerusi projek kerjasama pintar yang dilaksanakan.

"Pembangunan projek itu bakal memberi pulangan hasil dan impak yang besar terhadap kemajuan negara serta ekonomi umat Islam secara khususnya menerusi penyediaan infrastruktur perumahan lebih terancang dan kondusif terutama bagi golongan B40 dan M40 serta eksekutif muda berkelayakan di Pulau Pinang.

"Langkah ini dapat membantu kerajaan negeri dalam mencapai sasaran penyediaan sebanyak 220,000 unit rumah mampu milik mengikut inisiatif strategik kerajaan negeri dalam menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan di negeri ini," katanya lagi.

Upacara peletakan batu asas yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.


Disiarkan pada: Disember 22, 2022 @ 6:52pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.174016 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list