CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun

22 Disember 2022  02:05pm









BALIK PULAU - Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian, dalam siri serbuan di beberapa negeri dua hari lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan pada Khamis berkata, semua mereka berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan, jumlah kerugian yang dialami mangsa sindiket itu ialah RM1,330 hingga RM10,568 dan mereka yang ditahan dipercayai memberikan akaun bank untuk digunakan sindiket berkenaan bagi menipu mangsa.
"Suspek yang ditahan itu dipercayai terlibat dalam kes-kes yang dilaporkan pada tahun 2019, 2021 dan 2022. Semua mereka direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.



Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan antaranya jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara dan Macau scam.

Sementara itu dalam kes berasingan kenyataan itu turut memaklumkan polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan 11 lelaki berusia 22 hingga 40 tahun dalam serbuan di sekitar Batu Maung pada Rabu.

Sindiket itu dipercayai memproses air ketum di sebuah rumah sebelum mereka menjualnya kepada pembeli terutama pelanggan tetap dengan harga RM5 setiap bungkus.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 70 bungkus plastik lutsinar berisi air ketum dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum. Sindiket itu dipercayai mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan," menurut kenyataan itu.

Semua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048823 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list