CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Ride' 5,620km dengan kaki palsu, perit tapi puas

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Anas (tengah) bersama rakannya yang bersama dalam kembara 12 hari di Thailand. FOTO ihsan Muhamad Anas

Kepala Batas: Biarpun perit menahan pedih akibat kaki melecet dan luka kerana memakai kaki palsu sepanjang kembara menunggang motosikal mengelilingi Thailand selama 12 hari, semangat kental orang kurang upaya (OKU) ini melebihi segala-galanya.

Hasilnya, Muhamad Anas Sabudin, 34, yang kudung kaki kiri hingga atas lutut, berjaya menamatkan misi itu dengan menunggang skuter Yamaha X-Max 250 bermula 8 Disember lalu.

Bapa kepada tiga anak itu menunggang sejauh kira-kira 5,620 kilometer (km) mengeliling hampir keseluruhan bandar utama negara gajah putih itu bersama rakan Mohd Norazzam Omar, Zuljazmy Zolkefli, Syazwanee Mohd Zin, Saiful Anwar Mohd Rejab dan Mimi Syazuani Ahmad Fuzi.


Kembara itu bermula daripada Pulau Pinang ke Danok kemudian Hatyai-Phattalung-Thung Song-Surat Thani-Chumpon-Prachuap-Hua Hin-Mea Klong-Kanchanaburi-Nakhon Sawan-Kamphaeng Phet-Tak-Mea Sot-Umphang-Mea Sariang-Mea Hong Son-Pai-Chiang Mai-Chiang Rai-Mea Sai-Tachileik-Golden Triangle-Phayao-Uttradit—Khao Kho-Phu Thap Boek-Saraburi-Chon Buri-Pattaya-Bangkok.

Selepas itu, mereka menunggang semula ke Hau Hin-Prachuap-Chumpon-Surat Thani-Pattalung-Hatyai dan Danok sebelum tiba di Pulau Pinang pada 19 Disember lalu.

Namun, siapa sangka di sebalik kecekalannya, Muhamad Anas pernah trauma dan melalui detik sukar untuk menerima kekurangan diri selepas kehilangan kaki akibat kemalangan jalan raya ketika berusia 18 tahun pada 2006.

Menurutnya, selepas hampir 10 tahun dia kembali menunggang motosikal untuk memudahkannya berkerja kerana terpaksa menempuh kesesakan saban hari selain mahu mencabar keupayaan diri.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi dilanggar kereta dari belakang. Kejadian itu boleh dikatakan meragut zaman remaja saya dan rasa down (tidak bersemangat) juga...macam-macam saya fikir termasuk masa depan.

"Ketika itu saya tiada keyakinan dan berasa susah nak tunggang motosikal dengan satu kaki. Apabila rakan pergi ride (jelajah menunggang motosikal) saya ikut juga, cumanya saya pandu kereta," katanya yang tinggal di Bertam Putra, di sini, ketika dihubungi, hari ini.

Juruukur bahan itu berkata, dia kembali menunggang motosikal sejak 2019 dengan sokongan keluarga dan rakan serta mengakui mulanya agak sukar kerana perlu mengimbangi badan supaya stabil dan tidak mudah terjatuh.

"Sejak itu selalu juga saya ride dan hampir Semenanjung Malaysia sudah keliling hingga ke Pattaya, Thailand dan ride 12 hari adalah yang pertama perjalanan jauh mengelilingi Thailand," katanya memberitahu seorang sahabatnya membawa pasangan dalam kembara itu.

Menceritakan pengalamannya, Muhamad Anas bersyukur tidak mengalami masalah kerosakan jentera atau tayar pancit sepanjang perjalanan itu, namun kembara itu ada cabarannya.

"Saya pakai kaki palsu setiap masa dan apabila hujan, span dalam kaki akan basah membuatkan saya terpaksa menanggalkannya. Kaki saya juga melecet dan luka kerana pakai kaki palsu dalam tempoh lama, saya kemudiannya tampal plaster di setiap tempat itu setiap kali mulakan ride.

"Saya juga berjalan perlahan dari rakan lain dan apabila tiba di perhentian mereka akan memberi sokongan moral untuk berjalan bersama sekali gus menikmati pemandangan di tempat orang," katanya berasal dari Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, dia dan kumpulannya turut merasai pengalaman meranduk banjir setinggi 0.3 meter dengan arus air laju ketika dalam perjalanan dari Phatthalung ke Hatyai, selain merasai cuaca dingin di beberapa kawasan di utara Thailand.

"Dengan dorongan dan doa daripada semua terutama isteri dan keluarga, saya menyelesaikan kembara ini dengan baik biarpun mulanya kurang yakin.

"Secara peribadi saya berbangga dengan diri sendiri yang mencabar keupayaan walaupun kekurangan dari fizikal," katanya merancang kembara ke sempadan China melalui Laos.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lsu-perit-tapi-puas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.289165 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list