CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Kedah] Sanggup berhabis untuk rawat isteri hidap barah saraf tahap 4

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:01 PM | Show all posts |Read mode

ZURAINI Kamal (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan susu formula khas serta barangan keperluan dapur kepada pesakit kanser saraf tahap empat, Haslina Hashim, 32. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Jitra: "Wang simpanan saya semakin berkurangan kerana digunakan untuk membiayai kos rawatan isteri yang menghidap barah saraf tahap empat.

"Sejak isteri sakit, saya tidak dapat bekerja kerana menjaganya sepanjang hari selain menguruskan anak tunggal kami, Muhammad Afiq Akmal Mohd Rizuwan yang berusia empat tahun," kata Mohd Rizuwan Saad.

Isteri Mohd Rizuwan, 36, iaitu Haslina Hashim, 32, hanya terlantar di atas katil sejak sebulan lalu.


Katanya, isterinya mula dikesan menghidap barah pada April lalu selepas mengadu lenguh di bahagian belakang badan serta sakit di lengan.

"Sebelum ini, kami cuba berubat kampung sebelum membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, doktor tidak mengesan sebarang keganjilan ketika melakukan pemeriksaan sinar-X.

"Saya bawa isteri ke pusat perubatan swasta di Alor Setar. Doktor melakukan pengimejan resonans magnetic (MRI) sebelum mengesahkan isteri menghidap barah saraf," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Pida 5, Tok Kepak, Air Hitam di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Rizuwan, isterinya kemudian menjalani pembedahan untuk memasukkan besi dibelakang badannya sebagai sokongan yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Katanya, isterinya kemudian dirujuk di Hospital Pulau Pinang untuk menjalani rawatan radioterapi setiap tiga kali sebulan.

"Sepanjang isteri dimasukkan ke wad, saya yang menjaganya menyebabkan saya tidak dapat bekerja sebagai pendawai elektrik. Bagaimanapun, saya bertekad mahu menjaganya sehingga sembuh.

"Sebagai suami, saya tak rasa menyesal kerana sudah menjadi tanggungjawab saya menjaga isteri sakit walaupun wang simpanan tinggal sedikit," katanya.

Menurutnya, dia yang bekerja dengan gaji harian RM60 berkata, dia kini menemani isterinya untuk rawatan susulan dengan pakar di HSB.

Katanya, doktor juga memberitahu bahawa isterinya tidak sesuai menjalani rawatan kemoterapi dan hanya bergantung pada rawatan susulan hospital.

"Saya buntu bagaimana mahu mencari dana untuk rawatan isteri. Insya-Allah, Januari ini saya akan bekerja semula, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan isteri," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Mohd Rizuwan di talian 016-4360876.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal turut mengunjungi Haslina dan menghulurkan sumbangan wang, susu formula serta barangan keperluan dapur.

Katanya, pesakit barah seperti Haslina memerlukan sokongan moral daripada keluarga serta orang sekeliling supaya terus bersemangat untuk melawan penyakit itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... barah-saraf-tahap-4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061668 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list