CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Pulau Pinang] McDonald’s sasar lima restoran baharu di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-12-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode
McDonald’s sasar lima restoran baharu di Pulau Pinang

Rancang kembangkan perniagaan di negeri itu menjelang 2026



22 Disember 2022     10:05am






Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menurunkan tandatangan pada plak sempena merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s Batu Kawan, pada Selasa.




McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka lima buah lagi restoran baharunya di negeri Pulau Pinang menjelang 2026.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, setakat ini 27 restoran telah beroperasi di negeri ini dan tiga buah lagi restoran dijangka dibuka selewat-lewatnya pada awal 2024.



Restoran McDonald’s Batu Kawan mencatatkan purata jualan RM1 juta sebulan.





Menurutnya, tiga restoran baharu itu akan dibuka di kawasan Nibong Tebal, Relau dan Air Itam manakala dua lagi akan diumumkan kemudian.

“Pada masa ini terdapat lebih 330 restoran McDonald’s beroperasi di seluruh negara termasuk 27 di Pulau Pinang.

“Dengan pembukaan tiga cawangan baharu pada awal 2024 nanti, ia sekali gus akan membuka lebih 300 peluang pekerjaan kepada masyarakat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian restoran pandu lalu McDonald’s Batu Kawan di sini, pada Selasa.

Hadir merasmikan, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.






Ahmad Fuzi bergambar bersama kakitangan Restoran McDonald’s Batu Kawan selepas selesai majlis pelancaran.





Azmir berkata, sejak pembukaan cawangan Batu Kawan pada Oktober 2021, pihaknya mencapai purata jualan RM1 juta setiap bulan di restoran berkenaan.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan McDonald’s turut menyampaikan sumbangan bernilai RM72,000 bagi program ‘Kembali ke Sekolah’ untuk murid-murid sekolah rendah di negeri ini.

Menurut Azmir, program dianjurkan bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s (RMHC) Malaysia itu menyasarkan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban untuk menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.

Jelasnya, untuk tahun ini sahaja sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpulkan dan pihaknya akan menyediakan sebanyak 25,000 pek bantuan berkenaan yang akan diedarkan secara berperingkat sehingga Mac tahun depan sebelum sesi persekolahan bermula.



McDonald’s turut menyampaikan sumbangan bernilai RM72,000 bagi program ‘Kembali ke Sekolah’ untuk murid-murid sekolah rendah di negeri ini.





Selain itu, dalam majlis sama McDonald’s turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000 kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali.

Kata Azmir lagi, jumlah itu adalah yang tertinggi sejak McDonald’s membayar zakat di negeri ini sejak enam tahun lalu.

Secara keseluruhan McDonald’s telah membayar RM9.85 juta kepada institusi zakat di seluruh negara sejak tahun 2007.

“Kita turut menawarkan Program Perantis Vokasional McDonald’s yang mana seramai 30 pelajar daripada keluarga asnaf di negeri ini telah berjaya menamatkan kursus selama 18 bulan sebelum ini.

“Program Perantis Vokasional McDonald’s adalah program penting bagi kami. Kami menyediakan peluang kepada belia untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk sepanjang hayat, memenuhi potensi diri dan mendaki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan,” katanya.



Azmir (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Ahmad Fuzi (tiga dari kiri) sebagai tanda sumbangan McDonald’s Malaysia.





Jelas Azmir, Program Perantis Vokasional McDonald’s menyediakan pelbagai kelebihan kepada perantis antaranya elaun bulanan, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insurans serta makan minum percuma. Kesemua ini ditaja penuh oleh McDonald’s Malaysia.

Bukan itu sahaja, program yang berasaskan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas ini, merupakan program hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh kementerian berkenaan.

Setelah tamat program, pelajar dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang ditauliahkan oleh KSM dan seterusnya melayakkan mereka bekerja di restoran McDonald’s atau mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list