CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dana RM9 juta buat Reese berjaya dikumpul

[Copy link]
Post time 21-12-2022 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Dana RM9 juta buat Reese berjaya dikumpul


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



FOTO FAIL. JASON Tan bersama isteri dan anak perempuan mereka Reese Tan Rui Xin. FOTO DANIAL SAAD




Bukit Mertajam: Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA)berjaya dikumpul.

Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.

Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.

Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.

"Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.

"Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.

"Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.

"Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.

"Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa," katanya.


Disiarkan pada: Disember 21, 2022 @ 6:16pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.108185 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list