CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Kedah] Lapan cerun kritikal dikenal pasti di Kedah

[Copy link]
Post time 21-12-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Gunung Keriang, Alor Setar.

ALOR SETAR: Sebanyak lapan lokasi cerun kritikal dikenal pasti di Kedah yang perlu diberi perhatian samada ia perlu ditutup atau sebaliknya ketika musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata hasil pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan Gunung Keriang di sini, dikategorikan sebagai tahap tinggi.

"Turut dikenal pasti kawasan kategori tahap tinggi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Meriam Kuala Muda, Sungai Petani dan Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi.

" Empat kawasan lagi dikategorikan sebagai tahap sederhana iaitu Taman Kenari, Kulim; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa, Kuala Muda; Jalan Ulu Melaka, Langkawidan Taman Helang, Langkawi, manakala Kompleks Kraftangan, Langkawi pula dikategorikan sebagai tahap rendah," katanya ketika ditemui hari ini.


Mohd Firdaus berkata, penilaian pihak JMG juga mengesan terdapat beberapa lokasi Taman Eko Rimba (TER) di Kedah yang berisiko berlakunya fenomena kepala air.



Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Mohd Firdaus Ahmad. - Foto NSTP/Noorazura

"Kawasan terbabit adalah di Titi Hayun,Yan; Tupah dan Seri Perigi, Kuala Muda; Puncak Janing, Padang Terap; Sungai Sedim, Kulim; Bukit Hijau, Baling; Telaga Tujuh, Langkawi; Lata Bayu, Baling dan Bukit Wang, Kubang Pasu.

"Selain kawasan yang dinyatakan, terdapat juga kawasan lain yang berisiko, tetapi pada tahap rendah seperti sepanjang jalan ke Puncak Jerai, sepanjang jalan Gunung Raya, Langkawi; Lebuh Raya Timur Barat, Baling dan

Jalan Tanjung Jaga, Yan," katanya.

Beliau berkata, semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah (JPBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau kawasan berisiko bencana dan melaporkan kepada jawatankuasa untuk tindakan susulan.

"JPBN mencadangkan kerajaan negerimengeluarkan arahan kepada semua pengunjung dan pelancong agar tidak melawati dan mengadakan sebarang aktiviti di tempat berisiko seperti dinyatakan mulai 20 Disember sehingga pertengahan Januari 2023.

"JPBN turut mencadangkan semua pemain industri pelancongan dan perniagaan di kawasan cerun dan di TER mengurangkan atau menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga pertengahan Januari 2023 atau sehingga keadaan cuaca bertambah baik.

https://www.bharian.com.my/berit ... enal-pasti-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.226225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list