CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Kedah] Terusan Wan Mat Saman perlu dipulihara

[Copy link]
Post time 21-12-2022 12:49 PM | Show all posts |Read mode

TERUSAN Wan Mat Saman yang terbiar walaupun mempunyai sejarah bernilai tinggi. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH



ALOR SETAR: Terusan Wan Mat Saman wajar dipulihara kerana ia adalah khazanah tinggalan yang tinggi nilai sejarah dan lambang kebijaksanaan pemerintah terdahulu agar terus diketahui oleh generasi akan datang.

Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr. Mohd. Kasri Saidon tidak menafikan generasi muda hari ini semakin tidak mempedulikan sejarah terusan itu, malah sudah melupakan sejarahnya.

“Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengembalikan pensejarahan terusan itu, beritahu kepada orang ramai tentang peranan terutama dalam kalangan generasi muda. Adakan acara di sekolah berkaitan tamadun Kedah yang sangat bermakna ini.

“Kita kena ajar dengan sejarah selain naik taraf pemurnian di sekitar kawasan terusan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau memberitahu, Terusan Wan Mat Saman turut mempunyai elemen kebijaksanaan pemerintah terdahulu yang menggunakan kuasa ketika membuat pelan pertanian sehingga menjadikan negeri ini sebagai periuk nasi Malaysia.

“Namun keadaan sudah berubah hari ini kerana orang ramai hanya memandangnya sebagai sungai dan parit sahaja ketika ini,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Induk PSMCK.

Katanya, pembinaan Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah ke kaki Gunung Jerai itu mengambil masa 10 tahun dengan menggunakan sistem kerah yang primitif iaitu cangkul dan parang.

“Banyak yang salah sangka dengan sistem kerah ini yang dianggap kerahan buruh sedangkan kebijaksanaan pemerintah Kedah ketika itu dibuat bagi kepentingan untuk masa hadapan.

“Kepatuhan rakyat terlibat (mengorek terusan) diberikan hak menduduki tanah di sepanjang terusan itu bukan sahaja untuk bekerja bagi diri sendiri tetapi kepentingan negeri,” katanya.

Tambah Mohd. Kasri, kejayaan pembinaan Terusan Wan Mat Saman itu turut menggalakkan petani membuka tanah dan penempatan di sepanjangnya yang sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan Kedah. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... n-perlu-dipulihara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054819 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list