CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat cedera ambulans terbalik

[Copy link]
Post time 21-12-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Empat cedera ambulans terbalik

oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI     21 Disember 2022      09:38am






Empat cedera selepas sebuah ambulans terbalik dalam kejadian pada petang Selasa. -Foto: PDRM




GEORGETOWN - Empat cedera selepas sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik di Jalan Masjid Negeri di sini dalam kejadian pada jam 4.40 petang Selasa.

Empat yang cedera adalah pemandu ambulans berusia 22 tahun, seorang pembantu pegawai perubatan, 28, pesakit, 54 dan waris yang menemaninya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, kejadian berlaku ketika ambulans dalam perjalanan daripada Sungai Ara menuju ke Hospital Pulau Pinang.

"Ketika kejadian, ambulans tersebut membawa seorang pesakit dan waris yang juga anak perempuannya menemani ke HPP. Bagaimanapun, ketika tiba di Jalan Masjid Negeri menghala ke Jalan Scotland, pemandu ambulans telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan serta pokok lalu terbalik.

"Akibat daripada itu, kesemua yang berada di dalam ambulans tersebut tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, pemandu van mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala manakala pembantu pegawai perubatan luka ringan di muka serta tangan.

"Pesakit cedera di bahagian kepala dan anak perempuannya cedera di muka serta kepala dirawat di Zon Merah HPP manakala pemandu van di Zon Rhesus dan pembantu pegawai perubatan di zon kuning.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.363620 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list