CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kaki lima pangsapuri mendap sedalam 2 meter, kediaman selamat didiami

[Copy link]
Post time 21-12-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Kaki lima pangsapuri mendap sedalam 2 meter, kediaman selamat didiami

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 21, 2022 @ 11:03am   bhnews@bh.com.my




Keadaan tanah mendap sedalam hampir dua meter di kaki lima pangsapuri di Taman Sawang, Jalan Free School. Foto ihsan bomba




GEORGETOWN: Penghuni di sebuah pangsapuri di Taman Sawang, Jalan Free School, di sini, gempar dengan kejadian tanah mendap sedalam hampir dua meter yang berlaku di kawasan kaki lima bangunan itu, semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Sha'ari Mansor, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi penghuni yang tampil membuat laporan di bilik kawalan.

Beliau berkata, seramai sembilan anggota tiba di lokasi pada jam 11.37 malam sejurus menerima laporan.

"Ketika tiba di lokasi, anggota mengesan berlaku tanah mendap dengan kedalaman 1.5 meter di kaki lima bangunan itu.

"Difahamkan terdapat penghuni dalam unit rumah ketika kejadian sebelum mereka tampil ke bilik kawalan bagi membuat laporan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sha'ari berkata, anggota turut melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan penduduk.

"Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kerja korek tanah di sebelah bangunan berkenaan.

"Pegawai geologi daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut hadir ke lokasi dan mengesahkan bangunan berkenaan masih selamat didiami," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057357 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list